UmmiHanie.com ~ Suribisnes Blogger Anak Ramai

Lifestyle. Parenthood. AnnisaBeauty. HAUS Cosmetics leader #TeamSuriCantik

Menu
  • Home
  • HAUS Cosmetics
  • Set Bersalin Moden
  • Kehamilan
  • Travelog Langkawi
    • Percutian Awesome di Aseania Resort Langkawi
    • Langkawi Bird Paradise
  • Sutra Shopee
  • Alexa Rank & PR
  • Hubungi Saya
    • Siapa Saya
  • Peta Laman
Menu

Entri Meletops Top 3 ~ 24jam lalu

  • Update pertukaran nombor telefon di mesin ATM 26 views
  • Hari dan hikmahnya dalam Islam 10 views
  • Kisah lucu roti pong 7 views

UH on Media

hanisah fadzil sahabat tabung haji 1435H

Jom buat side Income

  • Bisnes buat Pau/Pizza/Roti stail hotel
  • Bisnes Deko Kek
  • Bisnes Roti Canai & Murtabak Sedap
  • Ejen HAUS Cosmetics
  • Rahsia buat duit dengan Menulis

Bahaya Gula

Posted on November 16, 2011November 16, 2011 by Ummi Hanie

[sumber dipetik dari yahoogroups dan diolah sedikit sebanyak oleh saya]
Saya amat terperanjat dengan pengalaman membaca buku tentang bahaya GULA. Amat menyedihkan dan saya amat risau tentang masyarakat di Malaysia yang terancam secara senyap. Bagi saya GULA seperti racun!

 

Sedikit persoalan tentang gula.

Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukan !

Adakah badan kita perlukan gula ?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18. Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Banyak sekali kesan buruk akibat mengambil gula secara berlebihan,bukan ?

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis? Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;

Glukosa
Fruktosa
Laktosa
Maltosa
Sukrosa
Sirap Glukosa
Sirap maple
Molases
Sirap hitam
Sirap kencana
Dektrosa
Sorbitol

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1. Minuman bergas 500ml – 14.4 sudu teh
2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml – 9.6 sudu teh
3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml – 5.5 sudu teh
4. Kek buah-buahan 40g – 3.5 sudu teh
5. Bijirin sarapan bersalu madu 220g – 10.1 sudu teh
6. Ubat batuk botol kecil di farmasi – 15.8 sudu teh
7. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa – 7.7 sudu teh
8. Sundae restoran makanan segera – 10.3 sudu teh
9. Rempah ayam segera satu pek – 4.7 sudu teh
10. Minuman berkultur satu botol kecil – 2.7 sudu teh
11. Susu pekat manis dalam tin kecil – 35.5 sudu teh!

 

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?
Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.

 

Saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah!

 

“Kita adalah apa yang kita makan”.

 

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh Nor Haryati Yahya dan ditaja oleh Vitamin Semulajadi”.

 

Incoming search terms:

  • bahaya gula (14)
Tweet
Fb-Button

15 thoughts on “Bahaya Gula”

  1. syamila says:
    November 16, 2011 at 7:12 AM

    entri utk contest yea…gud luck hanie…

    hmm….byk kan kesan pengambilan gula berlebihan….rakyat malaysia kan suka kan makanan manis….kalau kt kelantan kuih yg plg manis…bunga tanjung…manis giler…tp best…he3

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      November 16, 2011 at 5:33 PM

      yup k.sya .. entri ‘lastik 2 burung skaligus..’ …

      gula ni mmg pmbunuh dlm diam..sedap tp mmbunuh..jika diambil brlebihan…

      aah kuih muih belah pantai timur especially klate mmg manis2..kdg2 lauk pauk pun manis juge kan ..

      Hanie pun sweet tooth sebenarnye dan sdgn usaha nk kurang2kan p’ambilan gula …

      Reply
  2. kakyong says:
    November 16, 2011 at 6:29 PM

    wah.. gud luck Hanie..

    setahu kakyong kanser kolon risiko tinggi pd lelaki… ;) sbb baru jer buat research pasal kanser kolon ni

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      November 16, 2011 at 6:50 PM

      thnxx kkyong …

      knser kolon ek … hanie belum bace lg entri kkyong tu

      Reply
  3. puan kutu says:
    November 16, 2011 at 7:49 PM

    takutnya bila baca senarai kandungan gula dan akibatnya pada kesihatan.

    btw gudluck!

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      November 22, 2011 at 11:15 AM

      mmg menakutkn ,kutu baru kite sedor sikit jgn dok belasah jer… hahahah ~
      thanx yer kutu …

      Reply
  4. Mekar says:
    November 17, 2011 at 8:47 AM

    Salam hanie. Maaf lewat ziarah.

    Smlm sya baru balik dari gunung jerai. Kat situ ada orang tanam tumbuhan bernama stevia. Ia merupakan tumbuhan pemanis tanpa kalori. Stevia ni sesuai diguna dalam masakan dan minuman. Boleh jd pengganti gula yg kita gunakan skrg.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      November 22, 2011 at 11:18 AM

      wslm mekar

      xape,lmbt pun xkisah … sudi singgah n komen pun sy dah suke … ;)

      yup,sy biase juge dgr pasal stevia tu,mak sy pun pernah beli pokoknya…sy mkn daun dia..mmg manis,sedap ;)

      kordial dr stevia pun dah ade skrg ni

      Reply
  5. nuriz says:
    November 17, 2011 at 11:45 AM

    salam dari nuriz…saya dah jarang minum minuman bertin dan bergas ni, takut terkena kencing manis, dlm masakan pun kena pantang :)

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      November 22, 2011 at 1:07 PM

      salam nuriz … ;)

      bagus tu ada azam begitu .. sy pun azam gak ni walaupun mmg agak susah nkberpisah dgn benda manis2 ni …

      Reply
  6. nza says:
    November 18, 2011 at 4:51 PM

    sangat2 bahaya ttp jadi kegemaran ramai….

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      November 22, 2011 at 1:02 PM

      sape xsuke manis kan kak … tp kena berpada2 lah … (pesanan utk dri sndiri gak ni)

      Reply
  7. Ummi Hanie says:
    November 23, 2011 at 1:24 PM

    pandai musi ;)

    Reply
  8. eyra says:
    March 29, 2012 at 1:17 AM

    datang sini untuk mengadili contest :)

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      March 30, 2012 at 10:49 AM

      contest yg mana ye eyra?

      Reply

Leave a Reply to Ummi Hanie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

~ Engagements ~

Sebarang pertanyaan, Job review produk/pengiklanan/advertorial?

Hubungi Saya.

atau

Emel: ummihanie@gmail.com


Google PageRank Checker





HAUS Matte Velvet Compact Foundation

KakNisalopa TeamSuricantik HAUS

Info MVCP

Matte Velvet Compact Powder (MVCP) ialah bedak kompak terkini keluaran jenama HAUS Cosmetics keluaran kilang GIM Cosmetics.

MVCP price: RM 79 (Promo Price RM65 only!) *klik gambar UmmiHanie untuk buat pesanan via Shopee. Tq!

KKM-Approved: : NOT191007569K

MVCP Function:

  • Anti Aging
  • High Antioxidant Source
  • Prevents from Acne Problems
  • Hydrates to the inner skin layer
  • Act as moisturizer to the skin
  • Reduce Damage of cell/DNA from UV Rays
  • ‘Sebum Fixer’
  • ‘Shine Eraser’

 

Klik utk join HAUS #TeamSuriCantik ! :D


Khazanah Blog

Baca blog dalam emel

KLIK IKON =>

Site Statistics

  • Users online: 0 
  • Visitors today : 34
  • Page views today : 35
  • Total visitors : 303,085
  • Total page view: 841,719

Trending 2day

  • emma maembong
  • gambar boboiboy
  • tanda awal kehamilan minggu pertama
  • boboiboy wallpaper
  • keputusan upsr 2012

RSS Denaihati.com

  • Mendapat naungan di akhirat kelak bagi orang yang bersedekah

RSS Top Komentator – AkuBioMed.com

  • Mee Hassan @ Mee Bodoh Femes di Tengkera Melaka
© 2021 UmmiHanie.com ~ Suribisnes Blogger Anak Ramai | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme