Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Baby demam, Ummi sedih

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Baby demam, Ummi sedih

Bila anak demam, si ibu yang sedih dan susah hati…

huzaifah

huzaifah

baru belajar bertatih

 

kakak n jepah 2012

 

Untung saya ada si Kakak yang rajin menjaga adiknya… Huzaifah pun sangat manja dan serasi dengan kakak sulungnya ni. Lega sikit saya ada assistant ^-^’ .

Terperasan baby Huzaifah demam pada petang semalam. Angkat dia bangun dari buaian, terasa badannya panas² sikit, atau dalam loghat Perak, dedor. Teruslah saya suapkan ubat demam yang masih berbaki hari itu.

Demam nak pandai berjalankah baby ku ini? Gigi bawah dah cukup dua batang, takkan cepat benor nak tumbuh yang atas pula? Badannya dah pandai imbang – berdiri dengan lama tanpa berpaut apa².

Mainan lama abang Zaid pun dah dikeluarkan semula oleh kak Hafizah. Katanya nak tengok Huzaifah berjalan.

fisher price walker

gambar abg Zaid ketika baru pandai berjalan

 

baby Huzaifah & abg Zaid

Sedikit sebanyak langkah penjagaan apabila anak demam;

  • Jerlum/lap kepala dengan kain lembap sekerap mungkin
  • Berikan ubat demam selang 6 jam,
  • Cek suhu dengan termometer (jika ada),
  • Berikan minuman bervitamin C tinggi
Rasanya baru je lagi baby Huzaifah ditahan di pusat kesihatan USM tempoh hari. Merasa duduk wad sekejap sementara nak tunggu suhu panasnya turun.

Moga² lekas kebah ye anakku…

Incoming search terms:

 

25 Responses

  1. hanif says:

    Semoga cpt sembuh!!!

  2. iEyLa says:

    hope baby cepat sembuh…
    nampak besar abg ayid duk sbelah baby..hiks

  3. Yus says:

    Alahai siannya!! Semoga cepat sembuh! Nasib baik ada kakak.. ^___^

  4. puanbee says:

    Harap baby cepat sembuh lah ye .. anak nis chubby betul lah ..makan apa ye ?

  5. akubiomed says:

    Bila anak demam. Ibu mana tidak merasai bimbang dan gusar.

  6. Denaihati says:

    semoga baby cepat kebah. uminya stokis kopi radix rupanya.

  7. titan says:

    takpe. nanti dia sembuh la tuu. insya-Allah..

  8. Assalammualaikum wbt.

    Semoga cepat sembuh. Baby pipi memang kiut. Nasib baik kakaknya ada, boleh membantu umienya.

    Owh tak tahu pulak kopi radiz boleh bantu kebah demam.

    Selamat bersahur : )

    • Ummi Hanie says:

      Wslm wbt,

      terima kasih atas doanya.. alhmdllh dah sembuh, cuma belum sempat update

      iye, dgn izinNya kopi Radix mmbantu kebahkn demam, selsema. minum sebelum tidur.

      selamat bersahur dan berbuka juga

  9. hafizmd says:

    As salam,
    Ala ciannya, harap cepat sembuh yer…ameen.
    Jerlum mmg boleh membantu, nak2 kalau kita jerlum ngn air daun bunga raya putih@daun rambutan =)

  10. mama pipie says:

    alolo kesiannyer.. semoga zaid cepat sihat.. pemenang dh diumukan di kedai mama.. semuanya dpt hadiah

  11. Hans says:

    semoga baby cepat sembuh :-)

  12. […] Post navigation ← Previous […]

  13. cikgu azim says:

    comel dan baik2 anak ummie :)

Leave a Reply to mama pipie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *