Baby demam, Ummi sedih

Bila anak demam, si ibu yang sedih dan susah hati…

huzaifah

huzaifah

baru belajar bertatih

 

kakak n jepah 2012

 

Untung saya ada si Kakak yang rajin menjaga adiknya… Huzaifah pun sangat manja dan serasi dengan kakak sulungnya ni. Lega sikit saya ada assistant ^-^’ .

Terperasan baby Huzaifah demam pada petang semalam. Angkat dia bangun dari buaian, terasa badannya panas² sikit, atau dalam loghat Perak, dedor. Teruslah saya suapkan ubat demam yang masih berbaki hari itu.

Demam nak pandai berjalankah baby ku ini? Gigi bawah dah cukup dua batang, takkan cepat benor nak tumbuh yang atas pula? Badannya dah pandai imbang – berdiri dengan lama tanpa berpaut apa².

Mainan lama abang Zaid pun dah dikeluarkan semula oleh kak Hafizah. Katanya nak tengok Huzaifah berjalan.

fisher price walker

gambar abg Zaid ketika baru pandai berjalan

 

baby Huzaifah & abg Zaid

Sedikit sebanyak langkah penjagaan apabila anak demam;

  • Jerlum/lap kepala dengan kain lembap sekerap mungkin
  • Berikan ubat demam selang 6 jam,
  • Cek suhu dengan termometer (jika ada),
  • Berikan minuman bervitamin C tinggi
Rasanya baru je lagi baby Huzaifah ditahan di pusat kesihatan USM tempoh hari. Merasa duduk wad sekejap sementara nak tunggu suhu panasnya turun.

Moga² lekas kebah ye anakku…

Incoming search terms:

25 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *