Azura 1984 Vs. Azura 2012

Sedang hangat sana sini … AZURA 2012 ! Best sangat ke ? Apa beza dengan Azura 1984 ? Owh … tahun kelahiranku jua … ^_-

Mari kita tengok apa kata cik Wiki ;

Filem Azura mula ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia pada tahun 1984 dan telah berjaya menaikkan nama Jamal Abdillah sebagai seorang pelakon yang popular, setelah berjaya melakar nama sebagai seorang penyanyi berbakat menerusi pertandingan Bintang RTM 1978.
Skrip asal untuk filem Azura ini dinukilkan oleh M. Amin dan ia diarahkan oleh Deddy M. Borhan. Filem ini turut dijayakan oleh Fauziah ‘Ogy’ Ahmad Daud sebagai pelakon wanita utama, selain arwah Rafie Hussein, Syed Sobrie dan A. Galak.
Filem Azura mencatatkan sejarah sebagai filem MELAYU Malaysia pertama yang mencapai pungutan Box-Office.
Penggambaran filem Azura ini telah dirakam di sekitar tanah air, seperti di Sabah, Stesen Caltex Taman Melawati, dewan orang ramai taman ibukota, taman Titiwangsa, taman tasik Jalan Timur,PJ.(SEMUANYA MASIH ADA DAN WUJUD LAGI)
Filem ini banyak menyelitkan mesej yang relevan pada masa itu (sebelum ia mula diberi perhatian umum). Isu-isu seperti bohsia, mat rempit, budaya lepak, pembelajaran di luar negeri, konflik ayah-anak dan kebebasan, stigma profesion artis rakaman, ibu tiri, sumbangan belia kepada masyarakat dan lain-lain.

Inilah poster filem Azura yang asal pada tahun 1984 itew … begitu old skool sekali

Ini pula … poster filem Azura 2012 . Yer , pelarisnya pelakon baru yg tengah ngetop , Neelofa dan Shahz Jaszle @ Shahrizal , arahan pengarah tersohor Aziz M.Osman .

Saya tau,banyak blog dah mengulas tentang filem baru ni,tak kurang juga yang dah buat review . Salah satu review filem Azura 2012 , korang boleh baca di blog Rollo De Pelicula ni. Lama jugak dah kenal dengan owner blog ni, Hans yang pernah menang contest Top Commentator di blog ini 3 tahun sudah ;) .

Naluri saya berkata yang filem asal Azura lebih menarik. Entahlah kenapa , mungkin sebab tak minat dengan neelofa kot . Opsss … nanti ada orang protes pula :p . Dengar khabar,ramai yang membandingkan lakonan Neelofa dengan Ogy. Hmm … saya pernah tengok azura yang asal jer,so tak boleh nak komen apa²lah untuk Azura 2012 ni …

p.s : cuti panjang 4 hari ni … apa planning ek …

Incoming search terms:

28 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *