Azam tidak semesti untuk tahun baru sahaja

Selamat tahun baru 2013, Selamat tinggal 2012

Azam tahun baru 2013

Bila sebut tahun baru saja, tentu dikait rapat dengan AZAM BARU. Adakah azam baru semata-mata untuk tahun baru saja? Bagaimana dengan azam lama yang masih tidak tercapai? Bukan saya mengkritik amalan menanam azam baru menjelang tahun baru, sememangnya ianya satu amalan yang baik. Mudah-mudahan dengan kedatangan tahun baru ini memberi semangat baru kepada kita untuk terus menjadi hamba Allah SWT yang lebih soleh, menjadi seorang muslim yang lebih banyak beramal soleh, juga seorang insan yang lebih produktif.

 

azam tahun baru

intention = azam

 

Saya akui masih ada beberapa azam tahun 2012 yang masih tidak terlaksana dek kerana kecuaian diri atau kekurangan fokus dalam pelaksanaannya. Begitu pantas masa berlalu dan 2013 sudah pun menjelma. Saya ingin melaksanakan azam 2012 pada tahun ini disertai dengan sedikit nafas baru, inshaaAllah.

Segan pula nak ceritakan azam peribadi tersebut di sini dan biarlah rahsia bak kata Dato’ Siti Nurhaliza, akan tetapi untuk blog tersayang UmmiHanie.com ini, selain penjenamaan dari segi wajah baru yang sudah terlaksana serba sedikit (banner, header dan watermark khas), penjenamaan dari segi identiti blog perlu diperkasakan lagi di samping memperbaiki mutu penulisan. Saya masih akan kekalkan elemen santai dalam penulisan kerana blog ini bergenre peribadi.

Dari segi ranking Alexa, Google Pagerank dan SEO juga akan dipertingkatkan setapak demi setapak insyaaAllah.

Saya juga mempunyai perancangan baru untuk blog ini dan ianya masih dalam perangkaan dan penelitian.

Entri² peribadi berkisar tentang anak-anak terutamanya masih akan diteruskan selain daripada entri² selingan seperti food review, travelog, tips & petua, berita² semasa dan lain². Sebarang cadangan amat dialu-alukan dan boleh dikemukakan di laman Hubungi.

Begitulah serba ringkasnya tentang azam tahun baru 2013. Semoga saya dan rakan bloggers/readers sekalian lebih sukses dan harmoni. Amin.

 

Pesanan buat diri: Kejarlah Akhirat kerana apabila kamu mengejar Akhirat, Dunia akan mengejarmu dalam keadaan hina

save gaza 3 Banner

 

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *