Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Ayat Quran bersulam, satu-satunya di dunia

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Ayat Quran bersulam, satu-satunya di dunia

 

 


 

LAHORE: Manuskrip-manuskrip awal al-Quran, dari mula wahyu diturunkan, ditulis dengan tangan atas pelbagai jenis bahan, dan kualitinya meningkat dari generasi ke generasi. Pada zaman Nabi Muhammad, sebahagian daripada wahyu ditulis pada tulang, kulit binatang dan daun-daun kurma dan dakwatnya diperbuat dari bahan yang dibakar. Terdapat al-Quran yang ditulis pada kepingan kulit kambing dan unta berusia bertahun-tahun, selepas kematian Nabi Muhammad, tetapi salinan Quran yang lebih bermutu dihasilkan selepas mesin cetak dicipta.

Bagaimanapun, ramai tidak mengetahui, ada senaskah al-Quran, dipercayai satu-satu seumpamanya yang wujud di dunia, yang ayat-ayatnya dihasilkan dengan sulaman benang. Quran ini dibahagikan kepada 30 bahagian, keseluruhannya disimpan rapi dalam laci gelas di dewan pameran dalam Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan. Pegawai protokol masjid itu, Muhammad Yousuf, berkata Quran itu ditemui selepas kematian pembuatnya, Attar Mohamed, seorang rakyat biasa, tiga hari selepas ia menyelesaikan kerja-kerja sulaman. Berasal dari Lahore, Attar berusia 40 tahun, mengambil masa 10 tahun menyulam Quran itu mulai 1966, kata beliau. Attar melakukan sulaman itu demi mendapatkan ketenangan jiwa. Hari ini, ramai mengunjungi masjid itu untuk melihat Quran yang disulam indah itu. -BERNAMA

 

 

7 Responses

  1. hans says:

    >macam2 kanada yg Al-Quran kecil tuorang2 dlu mata diorang mesti terangkalau den xnmpak dah huruf2 jawi tu sebab kecil sangat

  2. >Subhanallah..cantik sulaman nie..Betapa tekun,sabar & teliti nya Attar Mohamedmenyulam Al-Quran nie..

  3. hans says:

    >kak ieda : itulah..menuntut kesabaran yg tinggi tu

  4. nza says:

    MasyaAllah hebatnya org itu..
    akak pernah lihat al-quran trpnjang di dunia, senaskah al-quran dr emas, al-quran tulisan tngan semasa ke xpo cheng ho last year…mmg trpegun tgk semua tu….

  5. Assalamualaikum Yong Hanie, besor sungguh pahala ni nanti kan? Pe kabor peraduan baby tu…ttak abis lagi ke?
    Kak Halima Mohkembara ada entri terbaru… jom baca Qaddafi’s Angels!!!My Profile

    • Ummi Hanie says:

      w’salam Yong Halima …

      insyaAllah besor le pahala org itu … ;)

      peraduan like2 baby tu yer ? belum abis lg … 15 julai ni baru abis … jemput le like gambo bby teman tu ye ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *