Awan Nano punya maksud tersirat

by Ummi Hanie on January 30, 2012

in INFO, lirik lagu

Hari ni kecoh satu Malaysia tentang kemenangan lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF tu kan ? Malas pulak nak buat liputan hangit di sini. Hehe … Saya aim Sedetik Lebih yang menang AJL 26 , tapi tersasar pula … at least tekaan saya untuk Beribu Sesalan tu mengenalah sikit walaupun setakat tempat kedua. Jadilah … :p

Dan mungkin ada yang masih tak tahu apa maksud tersirat di sebalik tajuk lagu Awan Nano tu ? Ok takpe meh saya share sikit sebab saya pun baru ambik tahu … :p

Awan apabila memutih di langit, tak ramai yang menghargai akan kewujudannya. Hadirnya sekecil zarah nano yang halus. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. Hanya apabila terik mentari membakar pipi, ketika itulah kita tercari-cari lindungan redupnya. Hanya apabila mendung menyelubungi hari, ketika itulah kita ternanti-nanti kemunculan lingkaran peraknya.
Sayangilah mereka selama masih mereka di depan mata. Jangan tunggu sehingga awan nano merajuk membawa pergi hujan jauh dari bumi lantas membiarkan mentari membakar kulit.
Kredit utk Oranglipis.blogspot.com … mekasyeh ~
Komposer lagu ni ialah Sifu a.k.a. M.Nasir . Memang padanlah menang pun … tapi memang sempoi betul si Hafiz menyanyi atas pentas dengan hanya memakai t-shirt RM20 dan seluar track suit pasar malam (gamaknye) . Ingatkan dia dah salin baju sebelum naik ke pentas ambik anugerah . Rupanya tidak . Dengan t-shirt & seluar track suit + berkaki ayam tu lah dia naik pentas … Lucu juge … #LOL ~

tu dia ...

Incoming search terms:

{ 38 comments… read them below or add one }