Ashraf Aleesha Farhana meninggal dunia

 

Ada yang tak kenal dengan Ashraf , atau nama perempuannya (setelah tukar jantina) Aleesha Farhana ?

Saya selalu dok baca pasal dia di blog Ct n Honey . Tup² baca kat wall FB tadi dengar dia dah meninggal dunia . Terus search berita kat suratkhabar online . Ini berita yang saya dapat ;

 

 

KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, (gambar) yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam.

Allahyarham dilaporkan mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya menukar nama ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, baru-baru ini.

 

 

Nampak gaya ‘doanya’ seperti dimakbulkan … wallahua’lam . Hanya DIA yang tahu hikmah di sebalik segalanya …

 

Datuk Seri Shahrizat Abd. Jalil pula dikatakan kesal kerana tak sempat membimbing Ashraff sebelum meninggal dunia . Baca lebih lanjut di sini . Apa² pun , AL-FATIHAH buat arwah dan semoga dia dan kita semua juga diampuniNYA … amin .

 

 

Incoming search terms:

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *