Apa itu Qadha dan Fidyah Puasa

 

Salam penghujung Syaaban semua …

 

Sepatutnya entri sebegini dipublish awal² lagi , berbulan² sebelum bulan puasa , tapi tak mengapalah . Masih boleh dirujuk untuk masa akan datang …

 

Sesetengah orang masih kabur² lagi dengan istilah Qadha’ dan Fidyah puasa . Qadha’ puasa tu mungkin ramai dah faham , akan tetapi bab fidyah puasa ni ramai lagi yang kurang jelas akan pengertian dan cara² melaksanakannya .

 

Ok kita huraikan satu persatu secara ringkas .

 

QADHA’ maksudnya mengganti .
Qadha puasa adalah wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum datangnya bulan Ramadhan. Malah puasa sunat juga diharamkan untuk dikerjakan sebelum mengqada’ puasa yang tertinggal sebelumnya.

Sekiranya tidak berkesempatan, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.
Mereka yang wajib membayar fidyah terdiri daripada beberapa golongan iaitu:

* Uzur menunaikan puasa wajib. Golongan ini terdiri daripada mereka yang sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Kadar fidyahnya ialah sehari secupak makanan kepada fakir miskin.

* Perempuan yang hamil dengan syarat dibimbangi keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan fidyah dan juga wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan.

* Ibu yang menyusukan anak dengan syarat dia berasa bimbang puasa akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya. Maka wajib baginya mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah.

* Orang yang telah meninggal dunia. Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

* Melambatkan qada puasa. Mereka yang melambatkan qada puasanya hingga melangkah ke tahun yang berikutnya dikenakan denda membayar fidyah dan wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan.

Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan.

 

 

Bagaimana pula bayaran fidyah itu ?

 

Kadar fidyahnya mudah sahaja, iaitu sehari tinggal puasa bersamaan dengan fidyah secupak beras untuk tahun pertama. Tahun berikutnya digandakan mengikut tahun .

 

Fidyah ialah memberi makan orang miskin sebanyak satu mudd (cupak) beras atau apa-apa jua bijirin yang menjadi makanan asasi sesebuah negeri itu. Satu mudd itu adalah sebagai gantian bagi satu hari puasa yang ditinggalkan dan satu mudd itu bersamaan 15 tahil (566.85 gram).

 

 

Secupak beras adalah bersamaan dengan 556 gram, iaitu lebih sedikit daripada setengah kilo, tetapi jauh lagi nak sampai satu kilo.

Dalam hal ini, satu perkara perlu diberi perhatian, iaitu membayar lebih tidak mengapa, membayar kurang jangan sekali.

Dan jika nak digantikan beras ini dengan jumlah wang yang sama nilainya juga dibolehkan . Katakan 5 cupak beras bersamaan dengan RM7 (contoh yer…) maka dibolehkan RM7 itu diberi kepada mereka yang berhak dapat fidyah .

 

Contoh kiraan mudah fidyah ;
1. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas, bayar 1 cupak.
2. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas, bayar 2 cupak.
3. Tinggal puasa 1 hari 2 tahun lepas, bayar 2 cupak.
4. Tinggal puasa 2 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
5. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak.
6. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.

 

SEHARI = SECUPAK !  Kesimpulannya, darabkan jumlah hari dengan jumlah tahun lalu (berasingan mengikut tahun) dan kemudian tambahkan kesemua tahun-tahun ini, maka dapatlah jumlah cupaknya.

 

Last sekali … kepada siapa patut kita bayar fidyah ini ?
a)Golongan fakir dan miskin.

b)anak yatim, jika tergolong dalam kategori fakir dan miskin.

 

Semoga saya dan anda sama² dapat ilmu dan manfaat berkaitan topik ini …

 

*Sumber rujukan : Halaqah.net

 


ephyra ummihanie.com harga kasih sayang

Incoming search terms:

Comments

  1. says

    terima kasih atas entri diatas. saya ingin bertanya soalan berkaitan fidyah.
    bagaimana jika seseorang itu fakir atau miskin yang uzur (tua dan tidak mungkin untuknya berpuasa lagi) untuk membayar denda?? adakah dia juga perlu membayar fidyah kerana ia tidak mungkin lagi mampu untuk berpuasa? bagaimana pula sekiranya dia juga tidak mampu membayar fidyah tersebut kerana dia sememangnya fakir atau miskin… terima kasih.. harap dapat tolong maklumkan melalui email saya.
    mohd ridzuan bin saidin ada entri terbaru… jom baca Bila Beruk Jadi Hakim / PemimpinMy Profile

    • says

      Salam saudara ridzuan ,

      saya bukanlah seorang yang alim bab2 ini … saya cuma memanjangkan apa yg saya baca melalui blog ini …

      saya harap saudara dapat rujuk entri terbaru saya iaitu “koleksi soal jawab puasa bahagian 1 – 5 (diterbitkan secara berperingkat-peringkat) mulai hari selasa – khamis minggu ini

      terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *