Apa itu Perak dan GCP

Perak, atau dalam bahasa inggerisnya SIlver, dan simbol kimianya Ag (argentum) bernombor 47. Siapa ambil subjek Kimia tingkatan 4 dan 5 konfem ingat benda ni ;) Oh My Kimia ~

Perak berwarna putih berkilau dan adalah sejenis logam peralihan.Kekonduksian (keberaliran) elektrik logam perak adalah yang paling tinggi bagi kesemua unsur manakala kekonduksian haba logam perak adalah yang paling tinggi bagi logam-logam.

Perak wujud dalam semula jadi dalam bentuk tulen (perak asli), namun boleh juga diperolehi dalam bentuk aloi dengan emas (elektrum) atau dalam banyak jenis mineral (sebagai contoh argentit dan klorargirit). Logam perak kebanyakannya diperoleh daripada hasil sampingan perlombongan tembaga, emas, plumbum dan zink.Logam ini telah diketahui semenjak zaman dahulu kala lagi dan memang telah lama dianggap sebagai logam berharga. Perak digunakan untuk menghasilkan bahan perhiasan, barang kemas, peralatan dan perkakas dapur yang bernilai tinggi dan duit syiling.

Pada masa kini, logam perak digunakan untuk menghasilkan konduktor (pengalir) elektrik dan penyambung elektrik.Logam ini juga digunakan dalam pembuatan cermin dan dalam pemangkinan tindak balas kimia. Sebatian perak pula digunakan dalam filem fotografi. Larutan cair argentum nitrat dan sebatian-sebatian perak yang lain digunakan untuk menghasilkan bahan nyakjangkit. Walaupun penggunaan antimikrob ini telah kebanyakannya digantikan oleh penggunaan antibiotik, kajian lanjut masih dilaksanakan untuk mengkaji potensinya dalam bidang klinikal.

Sumber : Wikipedia dan Minda Emas GCP

Silverbar GCP

Silberbar GCP

Goldcrest Pavilion ( GCP ) juga mengeluarkan produk Silverbar yang mempunyai berat 10g,20g,50g dan 100g.

Menurut fakta harga Silver boleh melonjak seiring dengan peningkatan harga Emas. Dijangka 2-3 tahun akan datang harga Silver akan melonjak.

 

Apa tunggu lagi? Peluang untuk menangi 10gram Silverbar GCP tajaan blogger Faizal Anuar™ sudah terbuka dengan join contest ini: Contest Top Referral iPhone 5 Gadget Impian :)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:-

‘Satu masa akan sampai kepada manusia di mana tidak ada apa lagi yang berguna tinggal, kecuali Dinar(Emas) dan Dirham(Perak)’ 

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *