Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Antara Rania dan Iffah, yang mana jadi pilihan?

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Antara Rania dan Iffah, yang mana jadi pilihan?

Antara gadis yang ku temui
Kau saja kini dalam renungan
Mungkin kerana dengan senyuman
Terpegun diriku

Ketika bayu mencium pipi
Suria pula terasa hati
Kerana dikau sungguh rupawan
Terpaku diriku

Mengapakah kau melangkah pergi
Ketika ku masih perlu
Menatap wajahmu kali akhir
Dan lantas menyelam rindu

Antara bebunga yang menyeri hidup
Kau jadi ratu
Antara delima yang menyinar lama
Kau berkilauan

kredit

Salam bahagia, assalamualaikum…

Lirik lagu Antara Gadis di atas terilham ketika nak menaip entry ini. Sebenarnya, tiada kaitan dengan topik Rania dan Iffah – produk kosmetik wanita masa kini.

Almaklumlah, umur dah semakin meningkat nak menjengah ke 3-series ni, haruslah mencari-cari produk penjagaan kulit wajah supaya tak cepat berkedut dan seumpamanya.

Antara Rania dan Iffah, yang mana jadi pilihan?

syahirah iffah

Ketika berjalan-jalan di pasaraya, saya agak terpengaruh apabila mendengar iklan Syahirah Iffah yang katanya mendatangkan hasil dalam masa 7 hari penggunaan sahaja.

Elok-elok saja nak ambil si Iffah ternampak pula jelingan menawan Rozita Che Wan pada produk Safi Rania Gold.

Guess what?

Saya letak balik si Iffah, terus sambar si Rania. Sorrylah Iffah, bukan maksudku untuk mengecewakanmu.. ahakss~

Bukan apa, saja nak try sejauh mana kehebatan serum Rania yang mengandungi emas 24 karat dan 2 kali lebih kolagen katanya. Kolagen ni kan peranannya melawan kedutan. Adakah dengan memakainya, serta merta akan jadi secantik Rozita Che’ Wan? Muehehehe…

serum emas safi Rania

i love serum safi rania gold ;)

Kebaikan serum Safi Rania Gold;

  • Tekstur tidak berminyak yang menyerap pantas dan jauh ke dalam sel-sel kulit.
  • Merawat sel-sel kulit dari dalam di samping meningkatkan penghasilan kolagen.
  • Membantu menyamaratakan tona kulit.

Testimoni penggunaan sendiri – Safi Rania Gold

# Saya hanya menggunakan serum ini sekali sahaja iaitu sebelum tidur walaupun disyorkan untuk pakai selepas mandi dan sebelum tidur (2 kali sehari). Jimat sikit bebb…

# Memang pantas menyerap ke dalam kulit, tidak berminyak².

# Alhamdulillah, kesan yang saya nampak agak ketara ialah pengecilan liang² pori di bahagian tepi hidung. Alahh… kawasan T tu… Ini saya sangat suka. Sebab saya ni habit suka picit² kulit muka, tu lah pasal liang pori terbuka.

# Kulit terasa licin. tegang dan lebih anjal… memang kedutan yang biasanya mula terjadi di bahagian dahi tiada. Eh kulit saya belum berkedut yer, ini langkah awal sebelum kedutan muncul.

Itu sahaja testimoni dari pengalaman sendiri menggunakan Safi Rania Gold. Dah berbulan-bulan beli, masih lagi ada stok… Setakat ni agak berpuas hatilah. Bukannya nak jadi secantik Rozita pun, seloroh aje tu…. ;)

Incoming search terms:

 

17 Responses

  1. akubiomed says:

    Isteri saya mengunakan Rania Gold + Pelembap setelah mengalami alahan kulit agak teruk. Alhamdulillah masalah kulit pulih dan kekal mengunakannya.

  2. zie fauzi says:

    pernah cuba produk ni…tapi sgt tidak sesuai dgn kulit zie… skrg x pakai sebarang produk kecuali pencuci muka sabun beras n mkn vit c… Alhamdulillah, x ada masalah kulit serius mcm seblum ni.. :)

  3. Numara says:

    Salam Ummi Hani dan kawan2 ummi hani. :p
    kalau nak cuba serum untuk bekas jerawat lubang2 ke, kedut ke, jerawat ke, boleh contact saye.
    Saya jual serum brand AylaMyra. ^^ Boleh cuba. Satu kotak serum ada 10 botol, RM65 sahaja. Hanya sapu pada kulit selepas toner, sebelum mosturizer.. Wah.. gitu.. Semua nak cantek kan..? hihi.. ^^

  4. donnyien says:

    kena rekomen untuk bini ni sigh!

  5. lama dah tak membeli perawatan muka
    last time dulu guna irise
    mmg putih betul muka
    ahaha

  6. titan says:

    cuba dua-dua. haha

  7. Rickie O. Schneider says:

    CF guna safi rania gold ni.husband yang suruh pakai. huhu.dulu guna produk syahirah.tapi lepas dapat tahu produk syahirah tu ada bahan yang boleh menyebabkan kanser terus bertukar ke SRG. CF guna pembersih muka dan krim siang je. ingat nak guna simply siti tapi mahal giler2. huhuhu.
    Rickie O. Schneider ada entri terbaru… jom baca No last blog posts to return.My Profile

  8. puanbee says:

    bee tk boleh pakai produk ni , di hidung naik pori2 hitam banyak sangat .. tk sesuai ..

  9. nafsiah says:

    salam, safi rania ni sesuai utk kulit umur bpe agk2?..tumpang tanya ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *