Annisa’ program baru di TV Al-Hijrah

Salam Isnin !

Dah dengar dan dah tonton ke rancangan Annisa’ di TV Al-Hijrah ni? Saja² menggatalkan tangan klik² di FB, terjumpa pula dengan rancangan ni. Sukelah tengok 3 artis wanita jelita bertudung dalam sitkom ni. ;)

Annisa’, bukan Annisa Azmier yer… kui3x… perasannn ~

dari kiri: Raja Farah, ‘big boss’, Sari Yanti, Diana Amir

Sitkom 13 episod yang akan ke udara setiap Ahad pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam ini mengisahkan tentang kehidupan tiga orang muslimah moden yang diminta mengambil alih perniagaan cafe milik rakan mereka yang berpindah ke Chicago untuk melanjutkan pelajaran. Saksikan bagaimana tiga gadis yang kurang berpengalaman di dalam bidang pengurusan cafe ini bertungkus lumus menguruskan kehidupan masing-masing dan pada masa yang sama berusaha untuk memajukan perniagaan cafe mereka yang diberi nama ANNISA’ CAFE . Menjanjikan pelbagai emosi kepada penonton, pastinya gelagat tiga rakan yang bijak, berdikari, dan bersifat lucu ini akan mencuit hati penonton setia TV AlHijrah.

Layan trailer (kalau line internet laju saje);

Hmm… Sari Yanti ni memang dah bertudung ke atau hanya dalam lakonan? Yang UmmiHanie tahu, Diana Amir dan Raja Farah memang dah bertudung real punyer… Tapi serius cakap, Sari Yanti sangat gorjess bila bertudung !

Jomm… layan gambor lagi… :) Kredit to FB page TV Alhijrah.

the gorjes Sari Yanti

Diana amir yg comei... tgk tudungnya bertocang2 ;)

 

semua tgh khusyuk dengar 'big boss' bercakap

 

diana, farah, sari

Saya jujur cakap, tak pernah tengok lagi sitkom ni. Sebab, ASTRO nan hado. Balik tumah mertua baru dapat tengok tapi semalam tak berkesmpatan tengok sebab sedang on the way balik ke rumah. Yang best tu, siangnya dapat juga tengok 30 Minit Ustaz Don. First time tengok. Pagi semalam Ustaz Don datang bagi ceramah di surau abah saya. Lupa pulak nak tanya abah saya pegi dengar ke tak :p

 


ephyra ummihanie.com harga kasih sayang

Incoming search terms:

Comments

  1. says

    kutu suka tgok 30min dengan ustaz don tu..tp annisa nie baru tahu..siarannya malam ssh sikit nk tgok,kena tidurkan aiman..tgok nti ada tak ulangan,macam best je sitcom nie..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *