Anakku Masuk Wad…

Bismillahirrahmanirrahim…

Sekali lagi ku ‘menghilangkan diri’ di alam maya ni. Tak sangka ku kembali semula dengan coretan yang ada kaitan sangat rapat dengan entri sebelum ni.

Hmmm… dalam entri sebelum ni saya baru je bercerita tentang kesihatan anak2, termasuklah kisah Si Izzah Munirah yang tak berapa sihat dan ceria keadaannya.

Al-kisahnya pagi hari Kahmis minggu sudah saya semakin tak sedap hati lalu mengajak hubby bawak Muni ke klinik. Saya syorkan klinik Ho, Pakar Kanak2 tu tapi hubby kata gi panel USM dulu. Saya ikut je lah. Janji bawak ke klinik buat check-up kat Munirah….

Jumpa doktor tu kami habaq mai lah yg si Munirah ni dah cirit-birit dalam tempoh SEBULAN. Terkezut sang doktor. Terus dia check badan dan pernafasan Munirah. Dan didapati…. pernafasannya agak bermasalah. Kami memang sedia maklum hal tu dari dulu lagi sebabnya, sebelum ni bila Muni menangis kuat2 selalu sampai tahap tak cukup nafas dan terpengsan sekejap, mulut pun biru2. Huhu… menakutkan! oleh kerana dah terbiasa tengok dia mcm tu, maka kami taklah hairan sangat. Tapi jauuuuh dalam hati ni nak sangat bawak Muni pegi buat check-up macam yang kami buat pada hari itu.

Kesian Munirah ……. terbaring je x bermaya ….
UPCLOSED …..
anak Ummi cepat sembuh ya ?
si Abangnye tak tau ape..dok leka main kuda kayu :p
“lelong..lelong..helmet terpakai….yeeehah!”
Seterusnya kami dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk merawat Munirah di sana dengan lebih  lanjut. Doktor di situ kata benda yang sama jugak. Pernafasan bermasalah dan…. ada jangkitan KUMAN !!! So nampaknya doaku termakbul jugalah nak anakku dirawat. X-Ray pun diambil tapi tak nampak apa2pun pada pandangan mata kami tapi dah doktor sahkan macam tu, kami akur jelah demi kesihatan anak kami yang gebu ni.
Frankly says yer… sepanjang dok Parit Buntar ni sekali pun saya tak pernah jejakkan kaki ke Hospital Parit Buntar ni. Lalu tu memang selalu lah. Sekali tup2 terus masuk wad kau!
dah terbaring x berbaju sbb dah pasang drip kat tgn tu..kesiannn ank ummi… :(
Water drip pun dipasang (masukkan air garam,gantikan cecair badan yg dah banyak hilang dek cirit birit). Lalu tak lalu, saya terpaksa tengok jugaklah. Tapi alhamdulillah Munirah seorang kanak2 yang kuat! Sikit pun dia tak merengek masa proses memasang drip ni (cucuk jarum di tangan) dilakukan. Ala… macam kita mak2 ni nak bersalin dulu kann… Sakit aper cucuk2 tuh tapi ajaib, budak ni boleh tahan sakit !
‘tongkat’ drip ni ler jadi kawan baik Muni 3 hari 2 mlm …
Muni kuat ! masa psg bendalah ni,Muni x nangis langsung ! I’m proud of u bebehhh…
Katil pun berpagar kiri kanan you. Safety first katanya … betul le tuuu …
ANTIBIOTIK pun disuntik melalui drip tu 3 kali sehari. Tujuannya untuk MEMATIKAN KUMAN2 dalam paru2 Munirah…. My poor little Munirah…. :(
dah tertidur … plus bantuan Oksigen pulak
UPCLOSED ….
bila tengok mcm ni meruntun hati seorg ibu dibuatnya… demi kesihatanmu anakku…
Bantuan OKSIGEN pun turut diberi sebab doc kata pernafasan Muni tak bagus. Tak cukup oksigen dibekalkan dalam paru2nya so that’s the answer kenapa dia menangis sampai terpengsan2. Bila ada bantuan ni, barulah bacaan oksigennya meningkat. *Bacaan oksigen normal ialah 95 ke atas.
Bila bantuan ni tak dipasang, memang bacaan oksigen Munirah DOWN sampai jadi 85 ke bawah. Nak pakaikan wayar2 bagai tu bukannya senang. Tau jelah budak kecik, tak suka benda2 kacau muka dia kan. So masa dia tidurlah saya pakaikan wayar2 tu, including nebulizer. Nebulizer tu untuk pecahkan kahak pulak fungsinya. Munirah memang baaanyak kahak sejak lahir. Kata doc, kuman2 dalam paru2 dialah yang menghasilkan kahak tu. Oooo… begitu….
dah pakai uniform pink utk kanak2 dlm wad….
Oh ya. Nama wad yg kami diami ni WAD MELOR, khas untuk kanak2 dan bayi je. Memang banyak kes cirit birit, muntah2 dan baby jaundice (kuning). bila duduk dalam hospital ni, memang timbul keinsafan dalam diri. Betapa bertuahnya NIKMAT KESIHATAN yang selalu kita tak sedari… dan betapa nikmatnya DUDUK DI RUMAH yang saya tak berapa sedari! Hehehe… Isshhh… tak sabor rasanya nak kongsi dengan u all  kisah2 dari buku inspirasi yang sedang saya baca. BEST BANGET!! Kenapa saya cakap indon? Sebab penulis buku tu org indon deh!! :p
Last but not least….. Pemandangan di luar tingkap wad kami… Alhamdulillah cantik… TAMAN FABER namanya. Kat hospital ni banyak jenis taman dibina. Antara taman lain yang ada ialah Taman Terapeutik.
mendamaikan perasaan ….
UPCLOSED pic bunga kertas yg sedang mekar berbunga ittewww…

Oh sebelum terlupa, ingin saya abadikan ucapan SETINGGI2 TERIMA KASIH to my dearest hubby. Kali ni memang kami independant jaga anak2 sendirian tanpa keluarga di sisi. Nak jadikan cerita, dua2 keluarga kami tak ada, bersafar jauh pula. Maka kenalah kami kuat2kan semangat jaga anak2 sendirian berhad! Alhamdulillah Allah mudahkan… Soklan yang selalu kami terima; “Baby macammana? Siapa jaga?” Maka saya jawab, “Abah dialah (dan ALLAH) jaga… Cuti keroje sekejap.” Kepada teman2, jiran2 dan ahli keluarga yang mengambil berat dan susah payah datang ziarah kami, TERIMA KASIH tak terhingga diucapkan… Sekadar bertanya khabar pun memadai bagi kami…

my mujahid…. my hero….

Yup, memang hubby tersayang yang jaga 3 orang anak yang lain semasa saya dan Munirah tinggal di wad selama 3 hari 2 malam. Tiap2 pagi dan petang tu depa akan datang ziarah kami. Baby Zaid memang baik. Seolah2 dia memahami apa yang terjadi. Dia menyusu badan, dan inilah kali pertama saya tinggalkan dia. Saspek RESPEK lah abahnya! Terer jaga anak2. Takde masalah. Allah mudahkan. Sekali lagi, TERIMA KASIH ABANG! Bertambah2 sayangku padamu… cewwah!! : p

ni masa proses siap sedia menyambut seorang KERABAT DIRAJA PERAK… jeng3x !!
Nampak kan karpet kunin diraja tuh ??? Haaa …. teman tak tipu tau !
Nak tau cerita lanjut, tunggu NEXT ENTRI !!! ^_^’
SIAPAKAH KERABAT DIRAJA ITU ???
Klu : cantik orangnya ! : )

13 comments

  • >dh sembuh ke anak hanie skrg?

  • >kak yatie…sembuh dr demam dan cirit birit..tp paru2 still kena rawat lg…

  • nza

    >kesiannya Munirah.Moga cpt sembuh…Kalu kena jangkitan kuman kt paru2 mmg lambat ckit nk sembuh ttp insyallah boleh sembuh…Farouk dulu pn pernah trkena jangkitan kuman dlm paru2 ni masa umo 8 bln n brterusan hingga umo dia 5 thn. pantang batuk n selsema terus kena serangan.Skrg Alhamdulillah dh ok…..Sabar ye dik.

  • >ala sian munirah……ada anak2 kecik biasalah tu kuar masuk hospital…..smoga ummie hanie n klrga tabah menghadapi cabaran membesarkan anak2…… :)

  • >nza : oo..farouk pun penah kena jgkitan kuman paru2 yer kak…lega ati dgr explanation akk..mudah2an sihat la nnti…tu ler,depa ni mmg kerap batuk slsema..tensen gak.da mkn sayur2 buah2an pun still same…ibuhani : timekasih kak..itulah cabaran mnjadi parents…tu sbb byk pahala mmbesarkn anak2 kan kak?

  • >Kesiannya melihat Munirah.. semoga cepat sembuh, Munirah anak yang kuat..Insya Allah tak lama dah boleh main macam biasa..auntie doa..aminnnn

  • >nida , terima kasih yer …alhmdllh skrg ni dh main mcm biase,cume dlmn tu yg sakit kita xnmpk…mudah2an sihat la lambat laun pun

  • >sian plak tengok munirah terlantar… hopefully bertambah sihat.. pasni hanie selalu kena pantau lah kesihatan munirah… mcm adik kakyong yg bongsu tu, masa dia kecik 4.5,6 tahun, kalo dia demam memang lembik jer.. so masa umur 6 tahun, dia batuk2 berbulan2.. susahnya 1 nite dia demam kuat sangat sampai dada berombak2.. baru nak bawa p GH.. sampai GH memang dia dah pengsan.. kakyong x leh lupa, kakyong berlari sambil dukung adik.. siap leh jerit.. 'tolong!! adik saya dah pengsan.. ' mujur la staff kat unit kecemasan tu cepat bertindak.. tak sampai 5 minit dah sambung seme wayar2.. memang asma.. tup2 kena tahan wad.. misi buat derk jer.. mlm pulak tu.. adik pulak sampai muntah2.. mujur ade doktor paed tgh round.. dia lah suruh pasang oksigen.. tak jalan, adik dok meraung2.. sudahnya masuk icu selama 24 jam.. 1 mlm tidur kat wad NICU.. 2,3 mlm bermalam di wad paed…ade org ingat adik tu anak kakyonghihiii… masuk hari ke2, pindah ke wad paed.. adik dah lari2 dlm wad.. mcm rumah dibuatnya… doktor ckp adik tu memang miracle… oppsss.. buat n3 di sini pulak… tetiba jer terkenang…tp memang insaf sgt2 bila tengok anak2 di wad NICU… tak terkata.. masa tu tak kahwin lagi.. tabik sungguh dgn semangat ibu2…

  • TK

    >Sorry bout you daughter. She is so pretty n cute..Take care ok. I pray 4 her speedy recovery.

  • >kakyong : bagusssnyee kakak mcm kakyong ni..ambik berat hal adik2…xper,dpt anak2 sndiri,senang kan…yup kena pantau slalu si munirah tu…thanx anyway ;)TK : thanx sis…

  • >Salam hanie..lama tak ziarah sini..sian munirah yek..smoga muni cepat sembuh , sihat n ceria mcm biasa..i/allah..amien

  • >ye lah mummyseri..lama gak xnmpk d cni..masing2 bz kan..anyway,thanx doakan utk munirah…amin..

  • Pingback: best pre workout supplement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *