Anak teruna 2 beradik bersunat di musim cuti sekolah

gambar anak bersunat

Salam wbt.,

Haih ingatkan cuti sekolah ni sempat update blog lebih kerap, rupanya sebaliknya.

Surirumah sepenuh masa di rumah… bila anak-anak bercuti dari persekolahan, semakin sibuklah jadinya. Apa lagi kalau bukan sibuk melayan 6 orang anak sekaligus. Syukurlah 4 orang sudah besar (range 6 – 12tahun), tinggal nombor 5 & 6 yang masih kategori kecil dan banyak perkara perlu diuruskan.

Juga sibuk mengisi 6 perut + 2 perut dewasa tak gituuu….

Mak saya selalu kata, kalau budak-budak cuti sekolah, memang kerjanya nak makan je. Nak tak nak, si ummi terpaksalah merajinkan diri ke dapur walaupun taklah hebat sangat beraksi. Apa yang ummi masak, semua sedap je dan habis licin. Hilanglah sikit penat di dapur tu kan…

Oh ya, cuti sekolah je mesti sinonim dengan acara bersunat @ berkhatan kanak-kanak lelaki, betul tak?

Anak-anak saya pun tak terkecuali.

Kali ini 2 beradik sekaligus bersunat. Umur 6 tahun (Zaid) dan 4 tahun (Huzaifah).

Kisah abang Ukasyah (no.2) bersunat: http://ummihanie.com/abang-dah-berkhatan-jadi-anak-bujang/

Meh baca karangan saya di wall Facebook untuk kisah sunat Zaid & Huzaifah (copy paste je malas nak karang lain… hihii) ;

Syukurrr sangat anakanda berdua ni sudah hampir pulih sepenuhnya dari berkhatan…

Hari ni masuk hari ke-9 (tarikh post 2/12/15)

Abang Zaid (6 tahun);

Hari 1-3 : Terbaring saja sepanjang hari & malam. Tapi bila suap makan, beranikan diri utk duduk.

Pergi toilet awalnya didukung oleh Abah, hari kedua dah beranikan diri berjalan sendiri ke toilet.

Bravo my boy !

Hari 4: Semakin steady. Dah mula bangkit sikit nak main2… Tapi dalam rumah sajalah.. Main pondok2 dgn kak onie ?

Hari 5-6 : Dah mula tunjuk hero. Start keluar rumah, main di halaman.. Main bola, basikal… Amboiii…. Dah start pakai seluar juga ?

Hari 7 – now : Steady dah macam takde apa2. Luka dah smakin kering tapi jahitan masih nampak sedikit.

gambar anak bersunat

pic sehari sebelum kejadian…. tu yg senyum je :D

 

 

Abg kecik Huzaifah (4 tahun);

Hari 1 – 4 : Berbaring saja, masih takut nak bangkit bermain. Pergi toilet pada awalnya didukung Abah, next day hari kedua onwards dah mula jalan sendiri dengan dipimpin oleh Ummi…

Makan pun berbaring huii… macam tuan putera negeri pasir berdengung… hahaaa ~

Hari 5 – now: Baru start bangkit main2 dalam rumah. Semakin steady jalannya, ulang alik ke toilet sendirian berhad sudah. Bravo my boy !

Mula main di luar rumah juga, tapi masih takut nak berseluar. So ummi pakaikan jubah saja… Hihii…

Malam pun dah tak perlu pakai diapers since bersunat ni… Yeayyy… Dapat 2-in-1 benefit!

*Huzaifah dah mula stop berdiapers dlm 2 bulan ni.. Meaning masa umur 3 tahun lebih. Agak lambat, kan? Tapi malam still pakaikan diaper. Since bersunat, automatik dapat latih tidur tanpa diapers… Alhmdllh

gambar anak bersunat

Betullah… Budak2 ni insyaAllah cepat je sembuh… Mula2 tu mmg la merengek sikit menahan sakit + gatal.. Layankan je lah…

Next giliran baby Muaadz (dah tak baby sgt) pula dengan…. Tengoklah nanti kan macammana rezeki dia.

Elok sangatlah baby boy berkhatan ketika newborn. Kami teringin nak buat mcm tu tapi takde rezeki pula.. Setakat ni Huzaifah paling awal bersunat (4 thn). Abg Ukasyah masa darjah 1 (6thn lebih sbb lahir November), zaid pun 6 tahun…

Tahun 2015 ni banyak betul kenangan dan sejarah-sejarah besar famili kami.

Tahun 2014 pun tak kurangnya dengan kenangan manis menunaikan haji di usia muda :)

Moga-moga tiada yang buruk-buruk, segalanya baik dan lancar kini dan akan datang… amin…

Terima kasih atas doa semua :)

Incoming search terms:

30 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *