Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Anak ramai, tak penat ke?

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Anak ramai, tak penat ke?

cerita anak ramai

Salam wbt,

Anak ramai, tak penat ke? | Topik hangat semacams je kannn….

Well, itulah realitinya. Mengandung 2 tahun sekali. Setakat ini.

Ada juga yang menyangka anak-anak saya jaraknya setahun seorang, mungkin kerana saiz yang tidak jauh beza.

Paling ketara antara nombor 4 dan 5. Mereka bagaikan kembar :)

kembar ke?

so-callled twins ;) anak ke-4 dan ke-5

 

 

cerita anak ramai

kakak sulung dengan ayunya menjaga adik kelima yang masih baby ketika itu…

“Dia tu ‘kilang’ “ – bukan orang lain pun, dalam family sendiri juga melawak berbau sindiran.

“Ala…. baruuu 6. Makcik kamu tu dah sepuluh pun” usik seorang pak sedara.

“Kamu memang tak nak merancang ke? atau memang suka anak ramai² ni?” – ramai juga yang menanya begini

——

——–

Well….. baaanyak lagi sebenarnya komentar² berkaitan anak ramai yang saya terima dan telan saja, dengan senyuman. Kadang² saya jawab, kadang² senyum sengih je.

Tak kurang juga yang salute kami laki bini, especially kaum cina.

Depa memang sangat kagum tengok orang anak ramai ni. Sebab kebanyakan mereka biasanya anak 2-3 orang saja. Paling kuat pun 4-5 orang.

Kata tauke aircond tu, kos hidup sangat tinggi. Mau hantar anak tuisyen lagi. Seorang, dua orang mampu lagi. Kalau ramai² tak mampu dah.

Ya, perspektif hidup masing² adalah berbeza. Anda nilaikan sendiri dari tulisan saya ini.

Geli hati bila terkenang seorang ah soh (kakak chinese) yang terserempak dengan kami di sebuah hotel ketika bercuti bersama keluarga.

Ternganga² ah soh tu tengok anak kami jalan berderet² macam anak itik gamaknya keluar dari lif hotel. Terus dia sapa kami.

“Haiyohh…. ini semua u punya anak ka?”

“Iya, anak la” jawab saya macam biasa, sambil tersengih.

“macammana you jaga ramai² haaa…? saya anak dua orang pun sudah pening woo…” kata ah soh tu.

Lepas tu si ah soh menabik saya sampai terbongkok²…. Berkali-kali pulak tu. Segan ai ~

cheaper by the dozen movie

kenal tak gambar filem mana ni?

Ada satu lagi senario yang lebih kurang sama.

Kali ni apek jual kereta pula.

Encik suami nak beli Vios sebagai kereta kedua untuk buat pergi kerja hari².

Penjual kereta tu pun hairan² tengok kami usung anak ramai². *kes tak sabor nak testing kereta baru kaedahnya

Dia cakap kat saya; “You boleh tak ajar kat wife saya macammana mau jaga anak? Wife saya jaga 2 orang pun sudah tak larat”.

Saya gelak saja. Encik suami tolong jawabkan…. antara isi kandungannya; jaga anak ramai² lagi senang dari jaga anak sedikit, sebab anak ramai boleh main sesama sendiri.

gambar kanak-kanak lelaki comel

3 ABDUL :)

 

gambar baby tidur

Okeh berbalik pada tanda tanya tajuk artikel ni…

Anak ramai…. tak penat ke?

Gila tak penat weih!

Walaupun saya tak bekerja, surirumah sepenuh masa… tapi rasanya lebih memenatkan kerana 24jam, 7 hari seminggu sentiasa dengan anak-anak keliling pinggang.

Saya rasa, memang sesuai kot dengan saya – situasi tidak bekerja. Sebab kalau saya bekerja, entah macammana rasanya nak handle kerja rumah lagi.

Sekarang ni memang tak pakai bibik. Tak pernah pakai walaupun sekejap.

Syukurlah suami jenis ambil berat dan rajin membantu kerja-kerja rumah dan tengokkan anak sama².

Apapun, terpulang pada pandangan masing².

Nak anak ramai atau anak sedikit.

Suami saya suka anak ramai, saya suka sederhana. Haha~

 

Bab lain baru story pasal perancang keluarga yer ;)

Incoming search terms:

 

29 Responses

  1. akubiomed says:

    Saya suka famili besar. Walaupun penat tidak menjadi penghalang untuk memberi kasih sayang kepada mereka. Nabi Muhammad SAW suka umatnya yang ramai.

  2. titan says:

    gua pun nak anak ramai-ramai.

    leh main bola nanti.

  3. zie fauzi says:

    nak anak ramai jgk tp tak terligan kot ummi hanie punya geng.. :) haha…

  4. bearyblossom says:

    Sy pun suka anak ramai. EH. mcm dah kawen je kan. Haha. Adik beradik sy pun ramai, 9 org. Kagum sgt mak ayah blh besarkan 9 anak dgn jayanya walaupun family kitorang bukan org senang. Alhamdulillah, sy sendiri klu dah kawen nnt lg prefer anak ramai. Tp tetap klu blh biar ada gap setahun dua la bg setiap anak tu. Hehe

    btw jom singgah blog sy, baca entry terbaru ttg cara2 jana wang melalui perkongsian resepi masakan :)

    http://rosniemilindamatyamin.blogspot.com/2015/02/kongsi-resepi-pun-boleh-dapat-duit.html

  5. reezluv says:

    tahniah kak, rezeki tu Allah nak bagi..takkan nak sekat, ye tak? anak kan anugerah..:D

  6. nurmisnan says:

    anak ramai memang penat
    tapi bila tgk mereka hilang segalanya..

  7. maz jamal says:

    InsyaAllah setiap anak tu ada rezeki yg telah ditetapkan untuknya..

    Rahsia Pengantin Baru Cantik Berseri

  8. sayaiday says:

    Anak tu rezeki, seronok kalau ramai sebab kalau ada perayaan, memang meriah. Then, esok-esok nanti dah tua, ada yang menjaga. hehehe

    Mesti meriah kat rumah tu, then berebut-rebut nak tolong buat kerja rumah . Hehehehe :)

  9. Bila anak ramai, komen pun pelbagai. Ada yang perlu dijawab, ada yang perlu didiamkan saja. Pak imam kampung saya pun kena ‘sound’.. “ustaz nak naik van tu bilang dulu anak-anak, takut ada tertinggal..” Sabar je laa..

  10. Dr Fattah says:

    anak ramai boleh buat tim bola sepak.

  11. emalinmohd says:

    Saya pun suka juga anak ramai ni tapi definisi ramai ikut orang juga kan..hihi

  12. MamaBard says:

    mulut orang kita tak boleh nak cover kan kak..jadi apa yg boleh kita buat cuma senyum je la..bard nak gak rasa macam akak, ada anak ramai…tapi kena tunggu dulu…

  13. Iza says:

    cerita pasal anak ramai teringat suami saya..tanya dia brp awk nak anak yang..dia jawab 10 org..bila dengar rasa nak pengsan..hahaha..tp kalo muda lg ok jer kan anak ramai..meriah rumah..hihi..:)

  14. Anak ramai la best! meriah =)

  15. ohcikgu says:

    wahh..

    bestnya ada anak ramai nih..

  16. muliani says:

    jgn pernah rasa penat. kerana anak adlh rezeki dpd Allah swt

  17. rika says:

    bila anak ramai, tandanya murah rezeki :-). Sush sekarang ni nak jumpa orang yang mempunyai ramai anak. Tahniah sis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *