Anak daraku dah nak masuk tahun dua

Bismillahirrahmanirrahim .

Apa khabar semua kengkawan ? Harapnye sihat sejahtera aman damai lagi bahagia yer … ehhh panjang berjela pule … ;p Alhamdulillah , saya dan keluarga baru balik coti2 Malaysia … coti2 yg sangat bajett okeh bukan coti2 shopping2 taww … Nanti2lah saya story bab itu pule walopun takde bende sebenonye nak story sangat … Yupp , selama beberapa hari ni saya memang tak online , entry yg muncul tu semuaa entry auto-publish dgn jayanya ;) .

Haih tajuk entry yang tak boleh blah kan … ?
Ahakss … abaikan saja kesengalanku yang tak berapa sengal ini ye …. :p

Ya memang saya ketinggalan zaman sikit nak story mory pasal anak bersekolah ni *rase macam tak pecaye je ada anak dah bersekolah ….. tihihi … Maybe saya ni sedikit pemendam dan banyak cerita saya biarkan ia berlalu begitu saja tanpa direkodkan dlm blog ni . Rugi juga rasanya huh ?

Sedara tak sedar , anak daraku dah tamat persekolahan darjah 1 . Sikit lagi dah nak masuk darjah dua . Eh , masa saya darjah dualah mak abah saya bawak pergi ke Mekah menunaikan haji ! Percaya tak ? Betul laaa…siriyes ni … sekarang ni anak sendiri dah besar itu . Tapi tak dapek le kami nak bawak pegi Haji pulokk … kami berdua sendiri pun tak lepas lagi . Encik somi dah pergi Haji masa bujang dulu . Ni yg nak pergi berdua ni , banyak tahun lagi nak tunggu …. eh off topic ! ;p
Banyak juge achievements Kakak setakat ni , maksud saya dlm membantu saya di rumah , lebih2 lagi cuti sekolah ni . Kakak bolehlah diharap sikit untuk buat benda2 ni ;

  • mandikan adik2 ,
  • buatkan susu adik ,
  • basuh berak kencing adik2 dan tukar lampin sekali (baru) ,
  • jagakan adik2 time saya memasak @ buat kerja lain termasuklah blogging ! hehee ;p
  • lipat kain baju ,
  • mengemas bilik (lama dahh reti) ,

Pulang modal dah la tu kan ? Ekekkeke … itu lawak orang tua2 …. Iyelaa … saya ni ada kalanya tersangatlah lesu tubuh badan … waktu mcm ni le sangat memerlukan khidmat Kakak sambil memanjakan diri . Tu yg untung anak sulung ni pompuan . Kalau lelaki tu bukan tak boleh , boleh juge diminta tolong (mcm abahnye,anak sulung) tapi biasenye anak lelaki ni lambat matang sikit kan … tak berapa rajin kot nak nolong2 kerja rumah ni . Nak digasak-gasak sikit baru le jalann … hurm maybe anak bujangku itu masih kecil lagi … baru je masuk 5 tahun.

Dann … memandangkan umur Kakak dah pun 7 tahun lebih , makanya kami sebagai ibubapa kenalah disiplinkan dia untuk Solat 5 waktu dan mengaji al-Quran .

Sebuah hadis berbunyi lebih kurang begini ;

Apabila anakmu sudah mencecah umur 7 tahun , ajarilah dia solat dan apabila umurnya mencecah 10 tahun , roranilah dia jika dia enggan bersolat .

See ? Bak kata pepatah melayu pula ; Lenturlah buluh dari rebungnya …
Janganle dah besor panjang baruuu nak menyuruh2 sembahyang . Dah tentule depa liat nak buat benda2 yang depa tak biasa latih buat dari kecik .

Oh ya . Satu perkara yang mencairkan hati saya bila Kakak sebut ni ;

” Dah besar nanti saya nak jadi orang gaji buat kerja dlm rumah ni . Semua saya nak buatkan . Saya nak masak , kemas rumah … ”

Alahaiii Kakakkk … Saya pun jawab balik ;

” Ala Kakak , bukannye jadi orang gaji le … tolong aje Ummi dengan Abah …. ” .

Seronok saya dah ada pembantu cilik . Saya tak suruh2 sangat pun , tapi Kakak sendiri offer diri nak buat . Mudah2an berkekalanlah sampai ke besor …. amin … jadilah anak solehah dan contoh Kakak yg terbaek .

sejuk ati ummi dan abah tengok mcm ni selalu …. :)

TAHNIAH buat Kakak sebab baru2 ni (semasa coti2 Terengganu) sempat masuk ke sebuah madrasah  Khas untuk pelajar2 perempuan selama 2 hari 1 malam sempena program cuti sekolah … dapatlah merasa pengalaman duduk di asrama ketika berumur 7 tahun … terima kasih banyak2 ye Mak Su nye ada dan temankan sekali ;) . . . Ni nak cari2 lagi ni program cuti sekolah berdekatan selain daripada program anjuran Telaga Biru – Gegar Minda tu . Kalau dapat join yg itu sangatlah bagus !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *