Anak-anak bermain di Fun Zone, AEON Perda

Berjam-jam lamanya anak² bermain di Fun Zone dalam AEON (Jusco) Bandar Perda, Bukit Mertajam. Abah depa dah selesai shopping barang runcit, ummi depa tunggu la dalam Fun Zone ni. Selesai turn abah, turn Ummi pulak shopping dengan Huzaifah, tup-tup jadi ahli kedai Watsons pula… 

Bayaran sekali masuk ke Fun Zone tu ialah RM10 seorang, suka hatilah berapa lama budak-budak nak main. Kelmarin kami datang, RM8 je. Sebab dah tambah lebih banyak permainan, tu yang tambah fee gamaknya. Tak ngapelah, puas bermain, sampai ke malam pun boleh asalkan tak tanggalkan tag tangannya.

Permainannya macam di taman permainan kanak- kanak tu, cuma berkonsepkan indoor dan sejuk berhawa dingin. Kena bukak kasut. Dan banyak permainan berupa gelongsor daripada angin tu. Apa nama entah tak pasti, tengok je gambar…

Eksperimen dengan apps PowerCam. Huzaifah takut nak main gelongsor angin tu. Gayat gamaknya goyang-goyang tak stabil. Jadi,  main gelongsor biasa je lah ye nak…. 

Fun zone

Menarik dan ceria tempatnya kan? Kami pergi masih awal pagi, jadi orang lain pun masih belum ramai. Dapat conquer tempat tu.. Haha.

Aksi anak-anak lepas turun gelongsor gergasi secara berjemaah. Cukup 5 orang kat situ tergolek kan?

Pukul 10.30 pagi kami tiba di AEON, cuba teka pukul berapa kami balik? Pukul 2.30 petang… Shopping dan cuci2 mata sikit je, selebihnya meneman mereka di Fun Zone…. Seronok tengok anak-anak seronok. Cuti hujung minggu barulah dapat peluang begini.

~update dari iPad…. 

Incoming search terms:

14 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *