Salam wbt.,
Tak kusangka anak² akan mengikut jejakku memakai kaca mata di usia muda.
Dua-dua anak perempuan pulak tu.
Yang ironinya, ‘power’ kerabunan mata si adik lebih tinggi dari si kakak.
‘Power’ jenis positif pulak tu.
Orang kedai cermin mata pun kata kantanya berlainan sedikit sebab jenis power positif tu.
Saya dan Kakak jenis power negatif.
Makanya kami pakai kanta cekung.
Si Munirah pakai kanta cembung.
Dan dua-dua budak ni juga ada sedikit silau.
Ummi redha jelah anak-anak mengikut jejak…
Kakak sama macam ummi, pakai kaca mata since umur 11tahun.
So dah 19 tahun ummi jadi specky. Opsss pecah rahsia umurku :p
Umur baru masuk 7 tahun dah jadi specky. alahaiii…
Ummi pun baru je buat cermin mata baru di kedai yang sama.
Di Mydin Mall Parit Buntar yang baru bukak beberapa bulan.
Kali ni buat jenis full rim, tapi ringan sangat. Buatan korea.
Eh bukan pengaruh k-pop tau.So bila ummi pakai spek tu nampak sangatlah macam seorang cikgu.
Ala, gambar yang masuk suratkhabar tu…
Hoh…. lama dah tinggalkan pelajaran Sains.
Ingat-ingat lupa dah kanta cembung dan kanta cekung ni… hihi
Okay menurut wikipedia, Kanta cembung adalah kanta yang tirus di luar (cembung: tirus di bahagian tepi dan tengahnya lebar). Sering kali digelar kanta penumpu atau kanta positif. Cahaya melalui kanta cembung tertumpu pada satu titik. Titik ini dikenali sebagai titik tumpuan. Kanta cembung mampu menghasilkan imej sebenar atau maya.
Kanta cekung pula kanta yang lebih tebal di bahagian hujung berbanding dengan bahagian tengah. Ia juga dikenali sebagai kanta capah atau kanta negatif. Kanta cekung mampu menghasilkan imej maya.
Cermin mata kanta cekung boleh digunakan untuk mengatasi miopia.
So setakat ni anak-anak lelaki masih mengikut jejak abah mereka yang tidak berkaca mata.
Actually suami dah mula ada rabun dan silau sikit, tapi kalau tak pakai kaca mata pun still tak efek teruk.
Betul ke pakai spec ni ikut genetik mak bapak ye?
ayie pky spec pon since form 1.. family xad yg pki spec..
kecuali last2 year my mom strt pki spec sebb rabun dekt.
awal jugak tu fomr 1… tp sy lagi awal… hehee
rabun dekat mmg normal utk peringkat umur 40-an 50an ke atas
Cik Iman alhamdullillah tak pakai lagi cermin mata, adik beradik 4 orang, dua je yang pakai time muda. Parents Cik Iman pakai cermin mata masa diorang dalam 40s nak dekat 50s gitu.
tak tau la betul ke faktor genetik gitu
bagusnye mata cik iman…
mungkin cik iman pun mcm parents nnti, umur 40x 50s baru pakai
Serba salah. Kalau tidak pakai cermin mata nanti ganggu pembelajaran pula nanti.
ye betul.. tak nampak papan putih dah satu masalah pula
anak sedara saya sorang ada yang berspek. nanti dah besar sikit bolehlah bagi Carotomax untuk baikan mata.
ank sedara umo brapa tahun tu raihanah…
My niece baru 9 tahun..masa dia pakai baru dekat 8 tahun rasanya
oic… sebaya anak kedua saya tu :)
suka tengok budak2 pakai spek.. tp kesian pun ada… alya n humaira ni pun risau depa rabun gak sbb ibu abah depa mmg rabun…
aah kesian n kdg takleh terima…
tp nak wat camana kan…
aah zie n suami pakai spek kan. takpa, cuba jaga mata anak2 elok2 ;)
Masa kecik Ani memang pakai spek. Dah besar, Alhamdulillah tak lagi :)
Orang kata tengok pemandangan hijau dan makan Carrot banyak-banyak boleh kurangkan rabun. Tak tahu la betul ke x…