Anak-anak berkaca mata

Salam wbt.,

Tak kusangka anak² akan mengikut jejakku memakai kaca mata di usia muda.

Dua-dua anak perempuan pulak tu.

Yang ironinya, ‘power’ kerabunan mata si adik lebih tinggi dari si kakak.

‘Power’ jenis positif pulak tu.

Orang kedai cermin mata pun kata kantanya berlainan sedikit sebab jenis power positif tu.

Saya dan Kakak jenis power negatif.

Makanya kami pakai kanta cekung.

Si Munirah pakai kanta cembung.

Dan dua-dua budak ni juga ada sedikit silau.

Ummi redha jelah anak-anak mengikut jejak…

Kakak sama macam ummi, pakai kaca mata since umur 11tahun.

So dah 19 tahun ummi jadi specky. Opsss pecah rahsia umurku :p

spec kakak oni

promote Mydin nampak? :p

Umur baru masuk 7 tahun dah jadi specky. alahaiii…

Ummi pun baru je buat cermin mata baru di kedai yang sama.

Di Mydin Mall Parit Buntar yang baru bukak beberapa bulan.

Kali ni buat jenis full rim, tapi ringan sangat. Buatan korea.

Eh bukan pengaruh k-pop tau.So bila ummi pakai spek tu nampak sangatlah macam seorang cikgu.

Ala, gambar yang masuk suratkhabar tu…

Hoh…. lama dah tinggalkan pelajaran Sains.

Ingat-ingat lupa dah kanta cembung dan kanta cekung ni… hihi

Okay menurut wikipediaKanta cembung adalah kanta yang tirus di luar (cembung: tirus di bahagian tepi dan tengahnya lebar). Sering kali digelar kanta penumpu atau kanta positif. Cahaya melalui kanta cembung tertumpu pada satu titik. Titik ini dikenali sebagai titik tumpuan. Kanta cembung mampu menghasilkan imej sebenar atau maya.

Kanta cekung pula kanta yang lebih tebal di bahagian hujung berbanding dengan bahagian tengah. Ia juga dikenali sebagai kanta capah atau kanta negatif. Kanta cekung mampu menghasilkan imej maya.

Cermin mata kanta cekung boleh digunakan untuk mengatasi miopia.

2 org saja buat spec, yang lain buat meriah je...

2 org saja buat spec, yang lain buat meriah je…

So setakat ni anak-anak lelaki masih mengikut jejak abah mereka yang tidak berkaca mata.

Actually suami dah mula ada rabun dan silau sikit, tapi kalau tak pakai kaca mata pun still tak efek teruk.

 

Betul ke pakai spec ni ikut genetik mak bapak ye?

14 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *