Aku rindu kamu [sobs!]

by Ummi Hanie on February 17, 2012

in Cerita Anak-anak, Umum

Salam jumaat …

Hari ni harus publish entry rindu²an… sobs! ~ Banyak benda/orang yg saya rindu ni sebenornye… Ok jomlah story mory sikit.

First sekali, tiba² saya terrindu kat mesin jahit Toyota yang telah dicuri 4 tahun lepas. Atau lebih sesuai … dirompak! Ye, rumah yg kami sewa 4 tahun lepas pernah dipecah masuk dan beberapa buah aset kami dirompak. Suspek ialah geng india yang memang selalu berkeliaran di situ. Salah lokasi betul kami pilih rumah di situ. Dah takdir lah tu… redho sajelah. Lepas saja insiden pecah rumah tu, terus saya takde hati nak tinggal di situ lagi dan buat keputusan untuk berpindah ke taman perumahan yang pernah kami tinggal semasa baru² kawin dulu. Belum ada anak lagi masa tu. Alahai ~

Memang terkilan sungguhlah bila kehilangan mesin jahit tu. Barang² lain yang dirompak termasuklah duit tabungan anak² dan kami sendiri, set DVD player, dan apa lagi tah saya pun dah tak ingat. Microwave dan mesin basuh on the way depa nak rompak tau. Mujurlah suami saya cepat sampai pagi tu dan sangatlah bersyukur kerana beliau selamat. Risau pula kalau terserempak dengan perompak² tu kan! Mintak simpang ya Allah… Polis yang buat siasatan pun dapat kenalpasti jejak kasut dan kesan lecak di lantai rumah kami tu masih baru. Depa lari ikut belakang rumah. Hampeh betul. Keadaaan rumah masa tu jangan cakaplah. Memang berselerak semua bilik. Suami ada snap gambor tapi saya tak jumpa pulak dalam PC ni.

Oh berbalik pada  kisah mesin jahit tadi. Toyota jenamanya. (tergelak saya dengar jenama tu sebab dok ingat Toyota ni jenama kereta jek.. :p) Suami saya belikan semasa kami bermastautin di Puchong, Selangor. Second hand je mesin tu tapi masih elok kondisinya. Banyak kali jugaklah ia sempat berjasa pada kami – jahit sarung tilam, baju anak, alas rak buku, dan lain² lagilah. Saya bukannya handal menjahit pun, sekadar pengetahuan asas saja, tapi minat tu dok ada jugaklah…

mesin jahit toyota

 

Tengah nak dok ingat balik, mana satu ntah design mesin jahit saya tu… yang atas ni ke, atau yang di bawah ni…

 

mesin jahit toyota

 

Ataukah yang ini ??

 

mesin jahit toyota

Hati saya kuat mengatakan… gambar last ni ialah yang serupa dengan mesin jahit kepunyaan saya! Ohhh…. rindu kamu! Kredit gambar kpd website home-sewing.com .

Rindu sebabnya, ada beberapa projek jahitan yang saya nak laksanakan. Nampak gaya, kena pinjam mesin jahit emaklah… Beliau pun tengah tak gunakannya sekarang ni… Hmmm~ InsyaAllah lepas beli kain nanti, projek jahit-menjahit akan dimulakan. Semangat ni tau! :p Nak jahit sarung tilam besar, sarung tilam baby, macam²lah. FYI, selimut patchwork pun saya pernah jahit pakai kain² perca. Tapi patchwork yg biasa sajelah, bukannya macam english design yg dijual di laman web tu… manelah reti… :p Masa tu saya sedang hamilkan anak sulung. Macam² jugaklah saya jahit. Set sarung bantal dan tilam baby semua. Masa tu belum blogging² lagi. Baru tahun 2002… Internet pun  pakai dial-up punyer… haha~

 

Hotlink is now giving you FREE unlimited Facebook when you activate your Hotlink pack!

 

Okeh. Habis kisah rindu mesin jahit. Masuk kisah rindu lain pula. Rindulaaa kat bebudak ni…

 

Onie

zaid

 

Pagi tadi abah depa kidnap kejap sampai hari ahad ke Malim Nawar, umah atuk opah depa. Tapi Zaid tu berkemungkinan sampai 1-2 minggu. Tengoklah keadaan nanti… Tak tahan rindu karang umminye nanti … SOBS! Encik hasben ada event RTC (Rural Transformation Centre) di Gopeng, Perak. Kena bukak booth pameran di situ…

 

Program Pusat Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Centre – RTC) ini akan dirasmikan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak pada 18 Februari 2012. (kredit)

Kami pula bawak diri ke umah atuk opah yang di sini sajelah. Entah online ke tidak saya 2-3 hari ni. Sebab kalau mau online, kena beli top-up RM25 untuk pasang kat broadband Celcom tu…

SIGN Up saja pun boleh dapat RM10 !

Incoming search terms:

{ 28 comments… read them below or add one }