Aku maafkan kamu

by Ummi Hanie on April 10, 2012

in klip video

Salam bertemu kembali.

Eh jangan salah faham dgn tajuk entri ni. Saya tak sentap kat siapa² pun macam somebody yang sentap sebab Aaron Aziz menang besar dalam ABPBH kelmarin. *Banyak tersasar pilihan saya kan… hiksss~

Mustahil kan kalau dalam hidup ni tak ada perasaan saket hati dan adakalanya kita tersakitkan hati orang? Kita bukan malaikat, mahupun bidadari syurga yang sentiasa perfect.

Bagaimana untuk kelihatan yakin dan cantik? 3 wanita cantik ini nak beri jawapan ;)

Amalan memaafkan kesalahan orang lain adalah amalan mulia, tapi ia tak semudah mulut berbicara. Ianya perlu lahir dari hati yang ikhlas, setakat sebut “maaf” saja tapi hati pula sebaliknya, pun tak guna.

Ehhh… saya bukan tengah sentap. Saja² bukak topik MAAF ni sebab ianya satu topik yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

*uh, ape benda yang aku bebelkan ni?

Saya pernah dengar satu kisah pendek di zaman Rasulullah SAW tentang seorang yang amalannya sebelum tidur ialah memaafkan kesalahan orang lain terhadap dirinya. Dan si pemaaf itu ialah salah seorang ahli syurga. Betulkan saya jika tersilap…

Layan video klip “Aku Maafkan Kamu” nyanyian Jamal Abdillah dan Zizan;

Best juga kan lagu ni? Pada mulanya saya taklah minat sangat, tapi kali kedua, ketiga mendengarnya terasa macam best pula. Liriknya sinis sikit, dikarang oleh Malique TooPhat.

Nak lirik pulak ke? Iyelah, iyelah… nah ;

Aku Maafkan Kamu

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

-credit

Fuhhh… panjang liriknye. Nak pahamkan pun ambil masa. Ok jumpa lagi, babai. Take care. Esok cuti mau pegi mana?

Incoming search terms:

{ 18 comments… read them below or add one }

fieda April 10, 2012 at 9:42 PM

esok cuti kita kat umah jer…

Reply

Ummi Hanie April 11, 2012 at 4:40 PM

ye ke kak fieda.. awat tak jalan2… ;)

Reply

izan ishak April 11, 2012 at 12:25 AM

k.izan mula2 dgr lagu ni pun cam kelakar je. tapi bila diamati liriknya amat2 bermakna kan.

esok cuti dok umah aje… hanie jalan2 ke mana tu?

Reply

Ummi Hanie April 11, 2012 at 4:40 PM

nnti hanie update jalan2 ke mana ye… ;)

Reply

sal April 11, 2012 at 1:57 PM

saya suka lagu ni.

Reply

Ummi Hanie April 11, 2012 at 4:39 PM

geng le kite kak sal ;)

Reply

akubiomed April 11, 2012 at 3:36 PM

Bukan mudah untuk lafazkan perkataan keramat ini “maaf” kerana sesetengah orang mempunyai ego yang tinggi.

Reply

Ummi Hanie April 11, 2012 at 4:09 PM

ye setuju sangat tu, dek kerana ego yg tinggi.. perkataan yg begitu mudah jadi begitu susah utk dilafazkan…

Reply

nza April 11, 2012 at 5:33 PM

kemaafan adalah kata yg trindah utk diucapkan….sntiasa memaafkan….

Reply

Ummi Hanie April 11, 2012 at 6:56 PM

sntiasa memaafkan kan kak… ye, mmg ia xbegitu mudah tp itulah amalan ahli syurga ;)

Reply

Denaihati April 11, 2012 at 6:40 PM

panjang lirik lagu ni. kalau xde lirik susah juga nak faham dgn dengar je.
sifat maaf dan memaafkan juga xperlu tunggu hari raya je nak buat.

Reply

Ummi Hanie April 11, 2012 at 6:57 PM

pnjg betul liriknya, kan DH. ye, kalau pendek sgt, lagilah org x paham :p

kadang2 hari raya pun org lupe nk minta maaf, inikan hari2 biasa…

Reply

Hanif April 11, 2012 at 6:51 PM

saling bermaafan amalan mulia!!

Reply

Ummi Hanie April 11, 2012 at 6:57 PM

ye, mari kita smeua sama2 maaf memaafi ! ;)

Reply

puan kutu April 16, 2012 at 8:32 AM

esok masa gempa tu ekk?kutu kerja.tak kemana2..haha..lagu nie punya lirik yg best.:)

Reply

Ummi Hanie April 16, 2012 at 4:00 PM

aah cuti dan gempa tu… kerja ek kutu…

paham dak liriknye? ;)

Reply

puanbee April 20, 2012 at 7:47 PM

Lagu ni memang sedap .. bee suka lagu yg makana tersirat ni :)

Reply

Ummi Hanie April 23, 2012 at 3:42 PM

suke ek… geng2 ;)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: