Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Aku dan Intermittent Fasting (IF)

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Aku dan Intermittent Fasting (IF)

Salam wbt,

Wahhhh tiberrrr je kan berIntermittent Fasting. Maklumlah nak cuba diet tak disiplin tinggi. Survey2, IF ni paling dekat di hati. Mohhh cubaaaa dah pun masuk hari ketiga ni.

Hari pertama gigih UH puasa 16jam (termasuk waktu tido). Then tanya pendapat yang lebih arif, disarankan buat 12 jam dulu. Means, 12 jam puasa & 12 jam boleh makan suka hati. Makanlah apa kau nakkk gituuu. Tapiii janganlah over ambil kalori tu pulak. Sia-sia je puasa takde makna kan. Ambil makanan sebaiknya yang berkhasiat, ikut portion sihat. Nak makan minum manis boleh tapi limitkan.

Apa itu Intermittent Fasting?

Intermittent fasting (IF) ni adalah satu langkah di mana anda perlu berpuasa dalam tempoh tertentu, makan pada waktu tertentu, dan sambung semula berpuasa pada tempoh tertentu.

Method paling popular ialah 16:8. Maksudnya berpuasa 16 jam, dibenarkan makan minum 8 jam. Contohnya, berhenti makan pada pukul 6 petang, dan makan semula pada pukul 10 pagi keesokan harinya.

Tujuannya supaya usus kita dapat berehat dari memproses makanan, dapat cuci usus dan paling besttt lemak degil dapat dibakar dengan terpaksa. Ehh. haha. Gitulah lebih kurang termsnya.

Malam-malam kot lapar, boleh minum air kosong atau air kopi/teh kosong tanpa gula. Giler best kan?

Jadual asas IF 16:8

Tassabar ni wehh nak timbang berat lepas seminggu berIF nanti.

Bersambunglahhhh lagi coretan journey IF ku next post yaaaa ;)

 

2 Responses

  1. Ani Haryani says:

    Bagusnya baca tujuannya, cuci usus dan lemak di bakar (Y)

    Aja-aja fighting!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *