Abang dah berkhatan, dah jadi anak bujang
Genap dah umur Abang 7 tahun, akhirnya planning abah dan ummi menjadi… Abang berjaya dikhatankan pada hari ini, 24 Nov. ’12. Syukur segalanya dipermudahkan lebih² lagi si tuan empunya badan memang dah bersedia. Kelas mengaji untuk cuti sekolah selama 2 minggu pun dah tamat semalam (Jumaat 23 Nov.12) yang mana tersemat sejarah di sebaliknya. Bukan senang nak pujuk budak² ni rupanya…. akan tetapi berjaya juga diharungi oleh ummi dan abah dengan tabahnya. *cewahh~
Lokasi berkhatan sangat dekat. Kliniknya dalam taman perumahan kami juga. Inilah kali pertama saya dapat tengok depan mata kepala saya sendiri bagaimana ‘pembedahan’ khatan dilakukan dari step pertama sehingga selesai dengan jayanya. Satu pengalaman yang menyeronokkan juga bagi seorang ibu dan ayah. :)

Sementara menunggu giliran di dalam klinik… senyum aje mamat ni :)
Abah meneman Abang sambil dukung baby Huzaifah.
Close-up sikit – ketika ‘pembedahan’ sedang aktif dijalankan
Alhamdulillah Abang tak banyak songeh sejak dari mula “pembedahan” sehingga ke akhirnya. Doktor bagi Abang 5 bintang. 10 pesakit macam Abang pun takpe kata deme.
Steady je Abang Kasyah lepas berkhatan. Cayalah ~ ;)
Tapi… sejam lepas tu, bila ubat bius dah mula hilang, kesakitan pun dah terasa. Menangis jugalah cik Abang kite ni… Abah setia meneman di bilik, bagi moral support, suapkan makan lagi. Sabar ye nak… Doktor kata memang hari pertama ni sakit sikit dan akan masa dalam seminggu jugak nak recover sepenuhnya.
Begitulah pengalaman pertama kami dlm melalui proses berkhatan untuk anak lelaki sulung. Ada lagi dua available setakat ni. Yang takde anak laki, selamatlah ye…. ;)
Erm… berkhatan umur 7 tahun, awal sangat ke? Rasanya ada budak yang lebih awal. Terima kasih kepada katun upin Ipin kerana menjadi salah satu sumber inspirasi untuk kanak-kanak agar tak takut berkhatan.
Penah tengok tak siri Upin Ipin berkhatan tu?
Hikmah Berkhatan bagi lelaki
-kredit
Meskipun kebanyakan ulama menyatakan berkhatan adalah wajib ketika seseorang anak itu hampir baligh, namun masa paling afdal ialah pada hari pertama kelahiran.
Hal ini berdasarkan hadis diriwayatkan daripada Jabir katanya, bahawa Rasulullah SAW mengkhatankan al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh selepas kelahiran mereka.
Kewajipan berkhatan juga berdasarkan hadis diriwayatkan daripada Utsaimin bin Kulaib bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang baru memeluk Islam yang bermaksud:
“Bersihkanlah dirimu dari rambut kufur dan berkhatanlah.”
Selain itu, diriwayatkan daripada Ibnu Abbas katanya,
“Seseorang yang tidak berkhatan tidak diterima solatnya dan hasil penyembelihannya juga tidak boleh dimakan.” Setiap amalan yang disyariatkan Allah SWT mempunyai hikmah dan kelebihannya. Amalan berkhatan mempunyai faedah pada aspek kesihatan.
Kini berkhatan untuk lelaki bukan saja untuk tujuan keagamaan.
Ia amalan yang dikenal pasti ada banyak manfaat. Baru-baru ini, seorang pakar daripada Perbadanan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata lelaki berkhatan terhindar daripada jangkitan HIV/ AIDS berbanding lelaki yang tidak berkhatan.
Ini mungkin kerana kulit penghujung alat kelamin lelaki berkhatan lebih tebal dan kebal berbanding lelaki tidak berkhatan, yang mana kemungkinan kulit melecet tinggi dan lebih ketara apabila pembukaan kulop penghujung alat sulit itu tercedera apabila ia tertarik.
Incoming search terms:
- konek budak (47)
- kote budak (25)
- ubat bius semasa khatan (15)
7 thn tak lah terlalu awal. Lg awal lg elok rasanya.
ok la tu, baru darjah 3 ;)
Tahniah abg…..dh masuk ke alam lelaki sejati…hehehe…
proses brkhatan skrg ni cpt n mudah…..akak tgk semua yg kluar brkhatan senyum je…ada yg khatan seawal 4-5thn…..farouk dh masuk 1 minggu…dh boleh p shopping dh…
Khatan ni kalau mengikut Islam lebih baik dilakukan seawal mungkin…..abah akak yg lahir kat mekah dikhatan di diawal usia 5 hr lg……
wah,,dah besar dah adik saya. cayalah tak nangis.
tahniah abang! wahhh.. senyum lebar lagi lepas berkhatan ye. kak izan pulak ada 4 org bujang kecik yg tengah queue nak berkhatan pasni… phewwww~~
tahniah abg kashah,steady la lu bro.hikhik…klu aiman nie tak tahu la dpt setenang n seawal kashah utk sunat,penakut budaknya tu.hiks..
ahaks… penakut gak abg ni tp Allah mudahkan… alhmdllh
boleh tu aiman… insyaAllah :)
Selamat sudah majlis khatan. Sudah ula melangkah ke alam dewasa.:-)
alhamdulillah… lega satu perkara. moga jd ank lelaki yg kuat smgt
wah.. tahniah.. dah boleh kawin…
hari tu layan cerita upin dan upin pasal khatan ni… terkenang zaman berkhatan dulu kala…
hehe terima kasih…
best kan layan upin ipin ;)
tahniah….steady je muka abg tuh… hihi..
thanx…
tu tgh steady lah… episod lepas tu x dirakamkan :p
alhamdulillah, lepas ni boleh solat se saf dgn abah dia kat masjid.
semoga semua lancar dipermudahkan.
ye, syukur dah selesai satu bab… boleh dah join saf org dewasa ;)
berkhatan ketika umur masih kecil amat bagus dan senang….anak-anak sekarang mudah.
ye Syarih. lagi kecil lg sng, contohnya bby baru lahir
proses khatan skrg lebih mudah lebih2 lagi dgn adanya ubat bius
terbaik laa snyum2 ag hehehe , Nice blog yea
mula2 senyumlah… aksi lepas2 tu tak dirakamkan… hehehe
thanx. blog biasa2 ja ;)
Elok jugak rasanya khatan awal2 ni kan kak.. Tapi kira kuat jugak tu sebab nampak macam steady je.
merasa khatan anak perempuan je ni .. :P sweet …
masa utk merasa bby boy pula…. ahaksss~ ;)
terima kasih… mudah2an cepat mmbesar ;)
Dasat ar abang long…releks jer..sempat senyum2 lagi…
Tak terlalu awal, rasanya cantek sangatlah tu 7 tahun..
p.s-anak pakai teknik apa utk khatan ni ummi hanie? cara lama ke cara baru?
sebenarnya bukan abg long ni, dia ank kedua, tp ank lelaki sulung la walaupun yg sulung sebenar ialah kakaknye… ;)
cntek la tu kan umo 7thn? dah besar sikit nnti lg malu pulak
p/s: teknik baru, tp bukan smart clamp ke ape ke… cuma pakai bius ;)
ye… masa cuti sekolah ni sempatlah utk recovery
hahaha… itule cabaran menyunatkan ank laki ye dak…
cara biasa kot! hehe…
hai..
Tahniah kepadanya..
Hai :) terima kasih ye uncle donny (bagi pihak anak)
awalnya berkhatan. dah dewasa dah dia :)
awal yer… sedang2 kot… sebab Abang tu dah bersedia sepenuhnya kali ni… tu yg proceed juga ;)
hoho..masa habis bius..memanglah sakittt. hehe..
Hanya org laki yg tahu… Hihihh