Abang dah berkhatan jadi anak bujang

Abang dah berkhatan, dah jadi anak bujang

Genap dah umur Abang 7 tahun, akhirnya planning abah dan ummi menjadi… Abang berjaya dikhatankan pada hari ini, 24 Nov. ’12. Syukur segalanya dipermudahkan lebih² lagi si tuan empunya badan memang dah bersedia. Kelas mengaji untuk cuti sekolah selama 2 minggu pun dah tamat semalam (Jumaat 23 Nov.12) yang mana tersemat sejarah di sebaliknya. Bukan senang nak pujuk budak² ni rupanya…. akan tetapi berjaya juga diharungi oleh ummi dan abah dengan tabahnya. *cewahh~

Lokasi berkhatan sangat dekat. Kliniknya dalam taman perumahan kami juga. Inilah kali pertama saya dapat tengok depan mata kepala saya sendiri bagaimana ‘pembedahan’ khatan dilakukan dari step pertama sehingga selesai dengan jayanya. Satu pengalaman yang menyeronokkan juga bagi seorang ibu dan ayah. :)

 

anak berkhatan

sengih lagi tu…. tunggu laaa bius habis :p

Sementara menunggu giliran di dalam klinik… senyum aje mamat ni :)

 

 

bersunat

Abah meneman Abang sambil dukung baby Huzaifah.

berkhatan

Close-up sikit – ketika ‘pembedahan’ sedang aktif dijalankan

Alhamdulillah Abang tak banyak songeh sejak dari mula “pembedahan” sehingga ke akhirnya. Doktor bagi Abang 5 bintang. 10 pesakit macam Abang pun takpe kata deme.

berkhatan

 Steady je Abang Kasyah lepas berkhatan. Cayalah ~ ;)

Tapi… sejam lepas tu, bila ubat bius dah mula hilang, kesakitan pun dah terasa. Menangis jugalah cik Abang kite ni… Abah setia meneman di bilik, bagi moral support, suapkan makan lagi. Sabar ye nak… Doktor kata memang hari pertama ni sakit sikit dan akan masa dalam seminggu jugak nak recover sepenuhnya.

Begitulah pengalaman pertama kami dlm melalui proses berkhatan untuk anak lelaki sulung. Ada lagi dua available setakat ni. Yang takde anak laki, selamatlah ye…. ;)

Erm… berkhatan umur 7 tahun, awal sangat ke? Rasanya ada budak yang lebih awal. Terima kasih kepada katun upin Ipin kerana menjadi salah satu sumber inspirasi untuk kanak-kanak agar tak takut berkhatan.

Penah tengok tak siri Upin Ipin berkhatan tu?

Hikmah Berkhatan bagi lelaki

-kredit

Meskipun kebanyakan ulama menyatakan berkhatan adalah wajib ketika seseorang anak itu hampir baligh, namun masa paling afdal ialah pada hari pertama kelahiran.
Hal ini berdasarkan hadis diriwayatkan daripada Jabir katanya, bahawa Rasulullah SAW mengkhatankan al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh selepas kelahiran mereka.
Kewajipan berkhatan juga berdasarkan hadis diriwayatkan daripada Utsaimin bin Kulaib bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang baru memeluk Islam yang bermaksud:

“Bersihkanlah dirimu dari rambut kufur dan berkhatanlah.”

Selain itu, diriwayatkan daripada Ibnu Abbas katanya,

“Seseorang yang tidak berkhatan tidak diterima solatnya dan hasil penyembelihannya juga tidak boleh dimakan.” Setiap amalan yang disyariatkan Allah SWT mempunyai hikmah dan kelebihannya. Amalan berkhatan mempunyai faedah pada aspek kesihatan.

Kini berkhatan untuk lelaki bukan saja untuk tujuan keagamaan.

Ia amalan yang dikenal pasti ada banyak manfaat. Baru-baru ini, seorang pakar daripada Perbadanan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata lelaki berkhatan terhindar daripada jangkitan HIV/ AIDS berbanding lelaki yang tidak berkhatan.

Ini mungkin kerana kulit penghujung alat kelamin lelaki berkhatan lebih tebal dan kebal berbanding lelaki tidak berkhatan, yang mana kemungkinan kulit melecet tinggi dan lebih ketara apabila pembukaan kulop penghujung alat sulit itu tercedera apabila ia tertarik.

 

Incoming search terms:

33 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *