Abah meninggal dunia

alfatehah image

Salam wbt.,

Sesungguhnya berita ini berkali-kali ganda lebih berat berbanding berita sebelum ini – abah sakit kanser.

Manakan sangka, selang beberapa hari bercerita di sini, abah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. AllahuAkbar…. Innalillahi wainna ilaihi rajiuun….

19 Ogos 2015 – tepatnya jam 4.54 petang Abah menghembuskan nafas terakhir di wad Paliatif Hospital Taiping. Sedihnya saya tiada di saat-saat akhir abah masih bernyawa di dunia ni. Yang sempat menunggu ialah abang sepupu, isteri dan abang saya. Itupun abang saya terlewat sedikit kerana keluar sebentar dari wad.

Hari sebelumnya saya tak dapat ziarah Abah. Ketika Abah di Hosp. PB, hari-hari dapat ziarah. Hiburkan sikit hatinya dengan kehadiran cucu-cucu (anak-anak saya).

Hari terakhir saya memicit-micit tangan Abah dan menatap wajahnya ialah pada hari Isnin, 17 Ogos 2015. Abah juga sempat meminta untuk mencium cucunya (anak bongsu saya, Muaadz)… Itulah ciuman terakhir dari seorang datuk….

father daughter

Teresak-esak saya menangis di tepi katil Abah, sedih melihatkan keadaannya. Tak mampu mengeluarkan kata-kata dengan jelas, mata pun tak larat nak buka lama-lama. Cepat sekali keadaan abah merosot.

Hari Abah meninggal, saya sudah pun bersiap-siap nak bawa emak ke hospital. Kami solat Asar dulu di rumah. Hati ni terasa kuat sangat nak pergi ziarah Abah.

Belum  pun sampai ke rumah emak, abang saya sudah SMS mengatakan Abah sudah tenat. Saya sudah tidak keruan.

Sampai di rumah emak, belum sempat saya solat Asar, Abang saya call beritahu Abah sudah meninggal. Ya Allahhhh….. tak sempat saya nak ziarah Abah petang ni… patutlah hati ni terasa lain macam.

Abahhhh……

cry

Setiap kali masuk ke wad paliatif Abah, saya, emak dan abang pasti dan pasti menangis. Anak-anak saya pun turut menangis, walaupun yang berusia 3 tahun lebih. Dia sudah mengerti rasa sedih dan simpati.

Hari ini, 25 Ogos 2015…. sudah genap seminggu Abah pergi buat selama-lamanya. Jenazah Abah dibawa pulang ke rumah untuk dimandi dan dikafankan.

Petanda baik

Wajah abah kelihatan putih dan bersih. Tiada lagi kesakitan hendaknya.

Beberapa hari sebelum Abah meninggal, tubuh Abah terasa sejuk sekali. Anehnya, dahinya berpeluh. Emak sempat berbisik, itu antara petanda-petanda baik… kata orang tua-tua.

Saya masih berharap Abah boleh dipulihkan dari kanser tersebut. Walaupun doktor sudah berkata sakit abah ni seperti tiada harapan.

Selepas Abah dimandikan dengan sempurna dan dikafankan, kami semua menatap dan mencium dahi Abah buat kali terakhir.

Sedih, sebak, pilu tidak terkata.

Yang menyejukkan hati kami, wajah Abah kelihatan lebih MUDA. Jauh lebih muda dari usianya 77 tahun itu. Seakan-akan berusia 40an. AllahuAkbar…

Abah juga kelihatan tersenyum.

Tiada langsung kedutan di wajahnya. Sangat bersih dan cantik.

Ramai yang jadi saksi.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan dan kemuliaan yang diberi…

 

Jenazah kemudian disolatkan di masjid berhampiran rumah lama kami. Di situ baru selesai perhimpunan jemaah Tabligh. Ramai rakan Abah saya di sana.

Jemaah solat jenazah dijangka menjangkau ribuan orang walaupun jam sudah hampir pukul 12 tengah malam. Sekali lagi saya bersyukur… Ini semuanya rezeki yang DIA sudah tulis untuk Abah.

Jenazah kemudian dieskort beramai-ramai ke tanah perkuburan di sebuah masjid baru di pekan PB. Cantik dan bersih lagi tempatnya…. Alhamdulillah.

 

Siapa sangka… dalam tempoh 3-4 tahun ni, emak saya yang selalu sakit-sakit… Jantung, kencing manis, dll. Abah saya juga ada sakit jantung tapi sudah dirawat.

Ditakdirkan kanser tiroid dan paru-paru berair pula. Makbul doa Abah.

Dalam tempoh beberapa bulan, Abah jadi lemah lalu uzur dan terus meninggal dunia. Kami redha dan lega kerana Abah tak menderita sakit dalam tempoh yang lama. Terbaring di hospital selama 2 minggu. Walaupun itu sudah cukup meruntunkan hati kami yang melihatnya… Abah meninggal di tempat dia membesar… Taiping…

 

Bersemadilah Abah dengan aman di sana…. Moga kita bersua di Jannah nanti… Amin amin ya Rabbal Aaalamiin…. AL-Fatihah.

 

alfatehah image

 

Terima kasih buat semua yang mendoakan dan memberi kata-kata semangat…

13 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *