800,000 peluang pekerjaan melalui Iskandar Malaysia

 

Apa itu Iskandar Malaysia ?

Iskandar adalah koridor pembangunan selatan baru di johor yang telah dikenalpasti sebagai salah satu pembangunan pemangkin yang akan merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Iskandar meliputi 221,634 hektar (2,217 km persegi) kawasan tanah selatan- sebahagian daripada Johor. Wilayah pembangunan merangkumi kawasan lebih kurang 3 kali saiz Singapura dan 2 kali saiz Hong Kong. Iskandar meliputi seluruh daerah Johor Bahru (termasuk daerah dalam pulau), Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serkat dan Kukup Island dalam Mukim Ayer Masin, semua dalam daerah Pontian.

 

Baca lebih lanjut : Laman web rasmi Iskandar Malaysia

 

Laman web rasmi Iskandar Malaysia

 

Ya , Iskandar Malaysia bakal menyediakan 800 ribu peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia sehingga tahun 2025 . Ini satu berita baik ;)

 

JOHOR BAHRU: Iskandar Malaysia yang sehingga kini menerima pelaburan hampir RM78 bilion mampu menyediakan 800,000 peluang pekerjaan sehingga 2025, kata Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Teknologi Negeri, M Asojan.

Katanya, sejak Iskandar Malaysia dilancarkan pada akhir 2006, lebih daripada 50,000 peluang pekerjaan melibatkan pelbagai sektor industri telah diwujudkan di koridor pembangunan terbabit.

“Kita menjangkakan sebanyak 800,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan di Iskandar Malaysia sepanjang tempoh pembangunan koridor itu dari akhir 2006 hingga pada tahun 2025,” katanya selepas menghadiri majlis konvokesyen Pusat Pembangunan Tenaga Industri Johor (Puspatri) di sini, hari ini.

Asojan berkata, pelaburan yang dicatat Iskandar Malaysia bukan satu yang berada di awang-awangan tetapi adalah sesuatu yang realistik dan boleh dilihat.

Sebagai contoh, katanya, Johor Premium Outlets (JPO) yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, juga memerlukan pekerja berikutan rancangannya untuk membesarkan lagi operasi.

Asojan berkata, peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan daripada pembesaran JPO itu tidak termasuk perancangan jangka panjang untuk membina taman tema air, pusat konvensyen dan hotel 2,000 bilik.

“Bukan saja JPO yang bakal memerlukan pekerja tetapi begitu juga Taman Tema Legoland yang bakal dibuka pada akhir tahun depan serta pelbagai lagi pembangunan ikonik serta industri di Iskandar Malaysia,” katanya.
Beliau meminta mereka yang berminat untuk bekerja di Iskandar Malaysia supaya mempersiapkan diri lebih awal dengan menimba latihan di 125 pusat latihan pekerja yang terdapat di Johor.

Pada majlis konvokensyen hari ini, 353 menamatkan Program Peningkatan Kemahiran Siswazah manakala 146 pelajar menamatkan Program Sijil Kemahiran Malaysia. – BERNAMA

– Sumber

Incoming search terms:

11 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *