7 Petala Cinta

Di antara 7 petala Langit dan 7 petala Bumi, terdapat 7 petala Cinta. Wah, puitis sekali bunyinya…

Ya, itulah tajuk filem terbaru terbitan Metrowealth Productions. Pertama kali terlihat promo di kaca TV, terpikat jua hati ini. Akan tetapi ini adalah sebuah filem. Macam saya ni bukan kaki wayang, so kena tunggu DVD jawabnya.

Info filem 7 Petala Cinta;

Pengarah

Azhari Mohd Zain
Lakonan:

Aeril Zafrel
:
Atar (Pelakon Utama)
Diana Amir
:
Hilma Aqila (Pelakon Utama)
Fizo Omar
:
Hamka (Pelakon Utama)
Krew:

Mohd Shahreel Bin Abu Bakar
:
(Pengarah Fotografi)
John Kajang
:
(Pengarah Seni)
Hazlin Salam
:
(Pembantu Pengarah)
Penerbit:

David Teo
:
(Penerbit)

Sinopsis:

Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.

Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.

Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?

Sumber: SinemaMalaysia

Ummi Hanie: Bercintalah dengan yang selayak dicintai, akan tetapi cinta hakiki ialah cinta Ilahi… 


Jom menangi iPAD hari ini

Incoming search terms:

24 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *