UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai

Lifestyle. Parenthood. Annisa Health Beauty. HAUS Cosmetics

Menu
  • Home
  • HAUS Cosmetics
  • Set Bersalin Moden
  • Kehamilan
  • Travelog Langkawi
    • Percutian Awesome di Aseania Resort Langkawi
    • Langkawi Bird Paradise
  • Sutra Shopee
  • Alexa Rank & PR
  • Hubungi Saya
    • Siapa Saya
  • Peta Laman
Menu

6 tips eratkan kasih sayang anak dengan ibubapa

Posted on January 3, 2018January 13, 2018 by Ummi Hanie

6 tips eratkan kasih sayang anak dengan ibubapa | Salam wbt., nak jadi ibubapa ni bukanlah sesuatu yang mudah jika tidak ada ilmu keibubapaan yang betul & mencukupi.

Sebagai parents, macam kami ni anak dah 8 orang… still rasa ilmu tak cukup untuk mendidik anak². but what can we do to overcome this thinking?

tentulah dengan belajar dan terus belajar… bukankah ada pepatah Arab berbunyi;

“Utlubul ilmi minal mahdi ilal lahdi”

maksudnya;

“belajarlah dari buaian hingga ke liang lahad”

 

Izinkan saya menyalin semula dari Fb wall sis Ryhan Musa… terima kasih ~

 

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: “Dah, sudah main, stop sekarang!”. Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi yaaa”. Kemudian ingatkankembali:”Dua minit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan:”Dah, waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: “siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

 

 

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:”tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh”, maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Jom tidur, besok kan sekolah”, akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:”Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

 

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita di depan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

 

Tweet
Fb-Button

6 thoughts on “6 tips eratkan kasih sayang anak dengan ibubapa”

  1. akubiomed says:
    January 3, 2018 at 11:15 PM

    Pendekatan psikologi dan lebih lembut.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      January 5, 2018 at 3:06 PM

      benar sekali.
      mendidik anak ni tak boleh selalu berkasar, sesekala tak apa lagi, itu pun niat nak mengajar

      Reply
  2. encikhafiz.com says:
    January 4, 2018 at 2:12 PM

    pendekatan yang baik. terima kasih atas perkongsian ini. info ini berguna dan releven kepada sesiapa sahaja sebab kita semua ada mak ayah. yang tidak ada mak ayah, kita mungkin bakal jadi mak atau ayah untuk anak kita juga nanti.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      January 5, 2018 at 3:06 PM

      sama2.

      saya pun berkongsi dari orang lain, disematkan di platform ini supaya mudah nanti nak cari/rujuk semula. dan semoga dapat berkongsi dengan lebih ramai pembaca.

      betul tu. kita semua ada ibu bapa, bakal ibubapa dan sudah jadi ibubapa juga

      Reply
  3. Dedaun Comel says:
    January 7, 2018 at 7:30 PM

    Tips yang bagus.. hubungan anak dengan ibu bapa kena la dieratkan dari kecil lagi… anak ibarat kain putih, persekitaran dan ibu bapa la yang membentuk mereka..

    Tunjukkan contoh yang baik :)

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      January 8, 2018 at 9:42 AM

      besar tanggungjawab ibubapa ni.
      semoga terlaksana dengan baik… amin

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

~ Engagements ~

Sebarang pertanyaan, Job review produk/pengiklanan/advertorial?

Hubungi Saya.

atau

Emel: ummihanie@gmail.com


Google PageRank Checker







La Beauty Glam Foundation 5 in 1

UmmiHanie pengguna setia La Beauty. Klik untuk pertanyaan/pesanan via Whtsapp

Site Statistics

  • Users online: 0 
  • Visitors today : 30
  • Page views today : 30
  • Total visitors : 287,134
  • Total page view: 824,105
© 2019 UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme