6 Tips Blogging Terbaekk

by Ummi Hanie on July 30, 2011

in Blog, INFO, INSPIRASI, Tip & Petua, WordPress

 

Salam sekalian penghuni dunia bloggers ;) .

 

Ini adalah entri percubaan menyertai contest bertemakan SEO oleh blog 2DayBlogger.com

 

Saya bukanlah seorang pakar mahupun otai dalam dunia blogging , jauh sekali nak mendabik dada yang saya ini hebat dalam memberi tips² blogging . Semenjak berkecimpung dalam dunia blogging sejak tahun 2008 , dan mulai aktif bermula tahun 2009 (boleh kira otai ke ? Otai stands for Old Timer … :p) , tak salah kiranya saya berkongsi beberapa tips blogging terbaik yang boleh kita kongsi bersama. Ada yang lahir dari pendapat saya sendiri dan ada juga yang lahir dari pendapat/pengalaman blogger² lain .

 

Sudah bersedia untuk membaca tips² tersebut ? Ya , mari kita mulakan .

TIPS 1 : Jangan putus asa untuk belajar dan terus belajar

 

Tips blogging yang  ini diakui diamalkan oleh tuan empunya badan yang menaip ini . Bermula dengan medium blogspot , saya mula mengorak langkah dalam dunia blogging sedikit ke hadapan dengan menggunakan platform WordPress self-hosted . Semasa menggunakan blogspot lagi saya sudah mula menggodek-godek koding HTML untuk mengubahsuai template berpandukan tutorial² yang dibuat oleh blogger² lain . Bermula dari situlah minat saya terhadap blog bertambah lagi dan lagi secara tidak langsung .

 

Menggunakan WordPress pula , rasanya menggodek template menjadi lebih  mudah dengan adanya pelbagai Plugins yang disediakan . Teknik SEO juga dapat dipraktikkan sedikit demi sedikit , juga dengan mempelajari dari blog² lain . Sehingga saat ini , saya rasa ilmu blogging saya masih cetek dan masih jauh lagi perjalanan untuk menjadi seorang blogger berjaya dan serba-tahu .

 

TIPS 2 : Kenali blog sendiri

 

Tips blogging kedua iaitu kenali blog sendiri ; tahu sejauh mana perkembangan @ prestasi blog kita . Ada banyak ‘kayu pengukur’ yang boleh digunakan seperti menyemak ranking Alexa , memeriksa Google PR (Page Rank) , timbang berat blog (penting untuk loading laman web yg laju) serta meningkatkan SEO (Search Engine Optimization) . Banyak lagi perkara yang perlu kita kaji pada blog kita sendiri tetapi cukuplah dulu setakat ini .

 

TIPS 3 : Gunakan bahasa yang mudah dan sopan

 

Tips blogging ketiga iaitu gunakan bahasa yang mudah dan sopan . Saya rasa , untuk stay lama dalam dunia blogging , kesopanan itu adalah amat penting . Juga gunakan bahasa yang mudah difahami (tidak terlalu sastera) , juga dieja dengan sempurna . Jangan sesekali gunakan bahasa SMS kerana anda tidak akan pergi jauh jika terus bertabiat begitu . Cintailah bahasa kita . Bahasa rojak masih dibolehkan tetapi janganlah melampaui had hingga menampakkan sikap tidak profesional kita dalam blogging .

 

 

TIPS 4 : Jangan kedekut ilmu

 

Tips blogging seterusnya ialah jangan sesekali kedekut ilmu . Ilmu itu untuk dikongsi bersama … Sharing is caring  . Lebih banyak yang kita beri , lebih banyak yang kita bakal dapat nanti . Jika kaya dengan ilmu tutorial blog , kongsikanlah bersama-sama rakan blogger lain yang memerlukan . Jika kaya dengan ilmu SEO , kongsikan dengan mereka yang baru nak mengenalinya .Jika kaya dengan ilmu masakan,hiasan dalaman,seni kraftangan, kongsikan juga ! Dan untuk lebih sopan dan beradab , sesudah mencedok ilmu dan ingin menyampaiakn kembali dalam blog sendiri , jangan lupa berikan kredit kepada penulis asal (penyampai ilmu tadi) . Ya , backlinks mampu meningkatkan ranking Alexa  blog/website kita … ;)

 

TIPS 5 : Beri sedikit penghargaan

 

Tips blogging terakhir untuk kali ini ialah memberi sedikit penghargaan buat pembaca² dan pengunjung² blog kita yang tak jemu² memberi sokongan . Tanpa mereka , blog kita takkan ke mana-mana … percayalah ;) Perkara ini mungkin nampak agak remeh tetapi sebenarnya ia agak penting untuk hubungan jangka panjang sesama blogger . Contohnya , menganjurkan giveaway/contest bermodal besar atau kecil (ini juga dapat menambahkan networking) , beri backlinks kepada pengomen top (contoh di sini)

 

Ini salah satu contoh penggunaan widget/plugin Top Commentator ;

 

top commenter @ ummihanie.com

 

 

TIPS 6 : Tingkatkan trafik dengan teknik SEO

 

Alhamdulillah , syukur dengan adanya wordpress ini membolehkan saya dan rakan² blogger lain mengeksplorasi dunia blogging dengan lebih mendalam dan sistematik . Dengan terciptanya plugins untuk SEO , ianya banyak membantu kami dalam mengaplikasikan teknik SEO yang baik .

Sebagai contoh (jauh sekali bukan untuk bermegah-megah …) , Awstats ini menunjukkan peningkatan trafik setiap hari dan bulan ;

 

 

Ini pula peningkatan untuk bulan Julai 2011 (hits saja belum mengatasi bulan jun ’11) ;

 

Awstats July 2011 Ummihanie.com

 

Analytic dari nuffnang juga membuktikan 7  referral tertinggi datang dari carian Google;

 

 

Oleh kerana itulah saya tidak berkira untuk mengeluarkan sedikit modal berhosting sendiri kerana setiap pelaburan itu sudah tentu ada pulangannya banyak atau sedikit , bukan ? ;)

 

Oh ya . Penganjur contest ini sendiri (Faisal 2DayBlogger) sudah keluarkan tips blogging beliau sendiri . Jom baca , apa tunggu lagi ? ;) Antara TIPS yang MESTI dibaca ; “Bagaimana menjadi blogger yang hebat?” .

 

 

“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits,  lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger,upprofits,broframestone , MJ,MySuperKids , Muje,Puan Bee ,Ellen , DenaiHati , k-worlds, hairulazni,ummihanie, dinsblog “.

 

{ 25 comments… read them below or add one }

kakyong July 31, 2011 at 12:06 AM

hanie pun jadi penaja rupanya…

dah try menampal banner comel kat free ads tu.. nak letak kat blog sendiri, tp x berjaya lagi.. dah register.. apsal lak tak mau nih…
kakyong ada entri terbaru… jom baca Pelakon dan ost Ramadhan Terakhir..My Profile

Reply

Ummi Hanie July 31, 2011 at 3:50 PM

yup kkyong … amek benefit sikit ..

erm nape lak xmau jadi ye banner tu kkyong

Reply

Lela-Lelord July 31, 2011 at 12:38 AM

bagus2 thanks yek
Lela-Lelord ada entri terbaru… jom baca Kontest Menang Duit RayaMy Profile

Reply

Ummi Hanie July 31, 2011 at 3:51 PM

welkem kak lela … ;)

Reply

Azuan July 31, 2011 at 12:52 AM

197 search dr Google tu keyword apa? :)
Azuan ada entri terbaru… jom baca Tip Blogging TerbaikMy Profile

Reply

Ummi Hanie July 31, 2011 at 4:03 PM

samada keyword boboiboy ataupun lagu kalau cinta tu …

eh pecah rahsie pulok :p

Reply

Azuan July 31, 2011 at 5:29 PM

Oh.. mantap gak keyword tu ek.. ramai gak yg mencari.. blh testing nnti.. :)
Azuan ada entri terbaru… jom baca Tip Blogging TerbaikMy Profile

Reply

Ummi Hanie August 2, 2011 at 3:26 PM

yup,mmg mantop … carian hangat masa kini … ;)

Reply

puan kutu July 31, 2011 at 12:54 AM

uii nuffnang tu mantop!hehe
puan kutu ada entri terbaru… jom baca Cara Melatih Anak BerpuasaMy Profile

Reply

Ummi Hanie July 31, 2011 at 4:06 PM

boleh la puan kutu …. :p

Reply

penaberkala July 31, 2011 at 2:36 AM

wow kak, banyak tips kat sini
nice sharing

btw, selamat berpuasa :)
salam ramadhan al-mubarrak buat akak sekeluarga
penaberkala ada entri terbaru… jom baca BOXOFFICE : NOSTALGIA RAMADANMy Profile

Reply

Ummi Hanie July 31, 2011 at 4:07 PM

tips plus join contest … hehe .. thanx penaberkala ;)

yer , slamat menyambut ramadhan al-mubarak juga dari akk :)

Reply

nza July 31, 2011 at 4:39 PM

nk share ttg ilmu blogging xreti ttp share ttg kisah anak2 bolehlah…hi..

Reply

Ummi Hanie August 2, 2011 at 3:30 PM

xper … enjoy je bace story akk … ;)

Reply

D_08 August 2, 2011 at 1:57 PM

Assalamualaikum Yong Ummi Hanie…
awok tips yang no 3 tu awok kalah….
maklomle awok tak gune bahasa standard…..
kompem ghamei yang tak paham….
tapi sebab awok udah selese…..
awok mentennn…….

tapi tq…….tips2 yang Yong bagi ni memang bagoih…..
wordpress awok tak habeh lagi godek nye……
D_08 ada entri terbaru… jom baca Baghu Sehaghi (Baru Sehari)My Profile

Reply

Ummi Hanie August 2, 2011 at 3:21 PM

itu ler keunikan Yeop D
tgk followers pun dah makin meghiah tu haaa … ;)
cuma utk SEO tu mungkin xdapat nak nolong kot sbb enjin carian ni dia mesra-bahasa-standard … tu je ler …

time kasih yeop .. tips biase2 je tu … ;)

Reply

ifwat August 3, 2011 at 11:06 AM

nice share.. btw ada gak sahabat ifwat ajak join contest seo 2dayblogger ni, tapi sebab busy sangat, tak sempat nak buat entry.. melepas sudaa. huhu
ifwat ada entri terbaru… jom baca Kutuk di Facebook undang padahMy Profile

Reply

Ummi Hanie August 4, 2011 at 12:47 AM

ala rugi kan terlepas .. xpelah xde rezeki di situ … ;)

thanx anyway ifwat ;)

Reply

sjiehan August 4, 2011 at 7:40 AM

akak! hehehe… saya tgh cari top commentator utk wprees yg boleh reset every week..tp x jmpa…. hehehheh..salam ramadan!
sjiehan ada entri terbaru… jom baca Baju Muslimah untuk hari raya !!My Profile

Reply

Ummi Hanie August 10, 2011 at 12:33 AM

salam ramadhan SJ …

aritu akk da reply pasal widget top commentator tu kan …

Reply

ciksembang August 4, 2011 at 2:58 PM

wah..dah ada tips blogging.. baek2.. sedang kayuh perlahan2 dgn dunia blog ni..
ciksembang ada entri terbaru… jom baca Wordless Wednesday 3 – Bukit Uhud, Bukit PemanahMy Profile

Reply

zool August 4, 2011 at 3:54 PM

Wah terbaik tips ni.. Boleh belajar ni

Reply

Ummi Hanie August 14, 2011 at 10:46 AM

terima kasih .. silakan ;)

Reply

Ajik June 7, 2012 at 6:03 AM

Tips yang amat baik untuk para bloggers. Terima kasih kerna kongsi ilmu… walaupun saya mungkin tak mampu untuk mengamalkan semua tip tip ini tetapi tip no.4 adalah tip yang amat berkesan bagi saya.

Reply

Ummi Hanie June 12, 2012 at 9:23 AM

sama2, ajik. selamat mencuba. dan selamat berjaya ;)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: