40 TIPS UNTUK JIMAT PETROL KERETA

 

Salam automobil . Haha .
Memiliki sebuah kereta memang menyeronokkan kerana ia memudahkan kita melakukan urusan ke sana ke mari . Walaubagaimanapun , kos penjagaan pun perlu diambilkira . Betul tak ? Nak servis kereta , isi petrol , maintain tayar dan macam² lagi . Kali ini kita kupas mengenai tips² menjimatkan penggunaan petrol kereta ;
1. Servis kereta ikut jadual – kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum

 

2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)

3. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( Tak hitam & gap OK )

4. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, minyak makan…

5. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi .

6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh la takut engin lemau

7. Go slow man ! jangan speeding . 90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race – kejar.. jgn tak kejar :p

8. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan minyak (kene tukar gear selalu)

9. Kalau parking menunggu tu, matikan engin

10. Berkongsi kereta (Car pooling)

 

 

11. Naik motor (4 lejang)

12. Naik Basikal

13. Naik pengangkutan awam

14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang)

15. Pakai rim tayar biasa dah le, kalu nak pakai sport rim biar sesuai dgn kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus – ringan maa… macam kereta klasik)

16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog

17. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa – 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)

18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak

19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah

20. Gunakan engin Hybrid (gas-electric)

 

 

21. Guna engin Electric (pakai bateri)

22. Gunakan tenaga solar

23. Kurangkan penggunaan air-cond ,

24. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain utk kurangkan daya tolakan angin – Di sarankan cucuk angin kereta yg power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO)

25. Buang Catalytic converter pada system ekzos dan ganti dgn free flow center bullet (Tapi sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda ditingkatkan, kalau tidak banyak asap keluar beb)

26. Ganti ekzos belakang dgn free flow ekzos (Kalu takut bising, cari yg brand baik punyeee, mesti marii)

27. Loweredkan kereta anda

28. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la. Ini bertujuan untuk kurangkan rintangan angin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus

29. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise

30. Cari tempat kerja dekat dgn rumah, kalau dapat tidur,makan, b***k,mandi kat office lagi best.

 
31. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba korang kene jemur.. masak dibuatnye.

32. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak

33. Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja. Penggunaan minyak bergantung kepada weight/power ratio – power kereta dah fix, bila berat bertambah – nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu….

34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-cond dan emosi anda. Contohnya, kalau air-cond kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu . Bila dah ‘panas’ mula la jadi samseng jalan raya

35. Terdapat juga teknologi baru dimana kadar ketembusan cahaya pada cermin kereta anda boleh diubahsuai (Kat negara kita belum dikomersialkan) menggunakan tenaga elektrik drp bateri anda. Bila nak parking – gelapkan cermin kereta, bila nak drive cerahkan balik. Rujuk ;

 

http://home. howstuffworks. com/smart- window.htm

36. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat

37. Boleh cuba pakai micro-compressor (www.micro-compressor.com) atau Air Injector (www.air-injector. com)

38. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. Rilek je drive dan tak sakit kepala.

39. Perbanyakkan stesen Petronas
40. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)

 

Hah … amacam ? Daripada 40 tips ni takkan takleh khatam seketul dua kot ?? ;p

 

Incoming search terms:

12 comments

  • >pakai kereta kancilminyak kete jimat gila2 punya

  • >baeek nyer tips..leh ikut ni sbb g keje jauh ari-ari..huhu..

  • >xyncaholic : naik kete kancil la senang..jimat minyak

  • >Aduhhh..br teringat,keta x tukar minyak enjin lg..Dh lebih kilometer dh!

  • >"27. Loweredkan kereta anda"Aihhh!Baru tau nie,lowered kn keta buley jimat mnyk!Pk kn tu trend..

  • >kak ieda : esok gi service…huhu

  • >kak ieda : haha…dia kasi kereta cepat tapi ada bahaya dia juga

  • mamajnjnj@sue@anang

    saya penumpang kereta saja, lesen tidak habis ambik lagi huhuu
    mamajnjnj@sue@anang ada entri terbaru… jom baca WORDLESSWEDNESDAY#5My Profile

  • BlackFlag

    18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak<— (kesian Q kat blakang) jgn ajar cara ni kak. cukup "isi minyak slow2" :D -si Fulan nk isi mnyk penuh nk balik kg, ibu tak sihat (nazak), tiba2 org kat pump duk sembang2 duk minum kopi siap open table plak tu, eh! siap ade tempe lagi, budu pun ade- Nabi ada ingatkn banyak makan/minum banyak???…banyak cakap banyak??? renung2 kan :)

  • lenchai

    part no.24 2 bhya buatnya tbreak mgejut x ke maut. Nk flow kreta2 laju ni xdpek je kng dia ingt nk lmba kng speeding ttinggal kito. Nk ccuk gak ccuk blkag bas je huhu. (ccuk ni bgus msa speedtrap je nk2 kita yg tngah2 no.plat dpn blkag kreta lain dh cover huhu). part no.23 klau drive sorg2 mmg sya buat kcuali hjan lebat/jem pans terik huhu. 25 n 26 sya dh lama buat mmg kuasa best mnyak pun best ok je xkuat sgt mnyak tpi kuasa bsar huhu. Lowerdkn kreta klau btul boleh jimat mnyak tpi akan myebabkn plbgai mslah sperti.

    1. Xboleh bwak org rmai/beban yg berat tkut sagat
    2. Absober pndek usia sbb brat dimampatkan spring yg pndek
    3. Tyar cpat botak
    4. Bila corner/lalu dkt bumper akan tersagat
    5. Tkut nk bwak laju2 kng bila laju xsmpat brek thentak kuat pda body bwah
    6. JPJ/trafik sntiasa cari,than n saman huhu
    7. Lain2 jika ada sila tmbah huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *