21 Totem Tantra – falsafah kehidupan orang Cina

Apa itu TOTEM TANTRA?

Totem tantra ialah kepercayaan orang² Cina yang mengandungi falsafah kehidupan yang murni. ermm… nak tahu lebih lanjut, korang kenalah Google, sebab saya nak share 21 Totem Tantra ni je. Buleh? ;)

totem tantra

PERTAMA

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT

Apabila kamu berkata, ” Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.

KELIMA

Pabila mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya.

KEENAM

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,”Kenapa anda ingin tahu?”

KEEMPATBELAS

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS

Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin. * Dalam Islam, “Yarhamukallah”.

KEENAMBELAS

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS

Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri;
Rasa hormat kepada orang lain;
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

 

Yang mana elok dan bermanfaat tu kita bolehlah jadikan panduan… ;)

Komputer rosak sudah pulih semula. Weeehoooo ~ alhamdulillah ;)

 

Incoming search terms:

21 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *