2 Birthday + Kenduri Kahwin + 1 Kematian

Bismillahirrahmanirrahim .

Semalam (23 November) hari jadi ke-2 anak saya , Izzah Munirah aka Muni .

SELAMAT HARI LAHIR MUNI ! :)
Semoga Munirah membesar dgn sihat sejahtera dan sentiasa dalam rahmat Allah Taala .
Hari ni tak ralat sangat nak menyambut sebab semalam kami ramai² dah sambut in advance , potong kek sama2 dgn pengantin . Hehe . Meriah la juge tambah pulak suasana kenduri masih ada dan atuknya sendiri (my FIL) yg bacakan doa selamat .
Muni , jangan suka mengamuk dan merajuk ya ? Hilang comeimu bila buat macam tu . Muni sekarang semakin petah bercakap tau . Kelakar jugak mendengornya . Stage ni dia akan copy semua yang abang dan kakak dia cakapkan . Dan . . . Muni pandai nyanyi lagu “Buai Laju2” lengkap 4 rangkap tu ! Soooo damn funny ! : D
FYI too , Muni ialah baby paling besar setakat ni yg pernah saya lahirkan . 3.9 kg !! Alhamdulillah normal jer , takde ‘bukak2 tingkap’ pun . Syukurrr . . .

Dan . . . semalam juga merupakan hari jadi mak saya sendiri …

SELAMAT HARI JADI MAK ! :)

Semoga diberi kesihatan dan umur yg panjang .. Amin .
Hadiah Nisah postpone sikit ye mak , insyaAllah cari kat Terengganu nanti ye.. Mak jangan sedih2 sangat raya ni tak dapat balik Singapore tau . Kesian abah , demam pulak dan kakinya pun tak mengizinkan keadaan . Adalah hikmahnya … Abah , semoga cepat sembuh demam ya . Kak Inda dan anak²nya pun dah nak sampai tak lama lagi ni.

Maaf kerana entri ini sedikit basi . Huhuhu .
Kesimpulannya majlis kenduri kahwin tempoh hari berjalan lancar walaupun diiringi hujan rintik² dari pagi sampailah ke petang . Hujan rahmat barangkali ? Mudah²an … :) Gambar ? Maaf sekali lagi … Tak dapat permission utk disiarkan di sini atas sebab² tertentu . Tema di sebelah perempuan , MAROON manakala di sebelah lelaki di Terengganu nanti , COKLAT . Adik² iparku Anum dan Anim (bukan kembar ya!) kelihatan ceria dan berseri-seri . Alhamdulillah . Hmmm . . . bila saya tengok Anim , teringat² zaman saya kahwin 7 tahun lepas . History kami lebih kurang sama . Berkahwin di usia 18 tahun (sebenarnya saya x cukup 18 lagi masa tu , baru 17thn 9bulan .. ngeh3x) dan jarak usia dgn suami sebanyak 6 tahun . Hmmm .. jangan kata kami kawin awal ni sebab gatal ya ! Awasss . .  hahahah . Kami ikut saja saranan org tua kami kerana itulah yang terbaik . I believe in that .

So saya dah dapat 2 org biras sekaligus . Seronok gak , bertambah² meriah keluarga mertuaku ni . Dahlah mmg meriah , bertambah² meriahhh lagi . *haii berapa kali mau ulang daaa..* Walaupunmasa kenduri tu saya tak dapat nak tolong² sangat (maklumlaa anak kecik keliling pinggang.. tu pun dah cukup memenatkan) tapi saya try my best jugakla utk layan tetamu mana yang sempat . Besoknya , 2 org sekaligus makcik saya dibekamkan . Fuh lega badan depa katanya dgn izin Allah … Udah dipanggilnya saya doktor … hahaha .. doktor bekam pun jadile … memang cita² asal dolu² nak jadik doktor tapi tak kesampaian . . See ? :)

Last but not least . . . dalam pada suasana kenduri kahwin yg belum reda , esoknya kami dikejutkan dgn satu berita kematian … Adik FIL saya , Pak Kama pergi menyahut seruan Ilahi setelah lama menanggung derita . Adik ipar saya kata , wajah Pak Kama bercahaya semasa dikapankan . Subhanallah … Kami semua doakan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan org² yg soleh . Pak Kama ni terkena buatan org sejak usia remaja lagi dan tak berkahwin sampailah ajalnya sampai . Dalam pada tu , beliau masih boleh berkhidmat kepada ibubapa/keluarga . Kalau nak raya tu , dialah yg carik buluh lemang , bakarkan lemang . Buah² kat kebun atuk dan opah kami pun dia yang jaga . Sekarang dia dah tak ada lagi . Mungkin rohnya dah bergembira di ‘sana’ … Tempat di mana kita semua juga akan menyusul nanti . . .

 

50 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *