16 Tanda Kematian yang Baik

by Ummi Hanie on May 19, 2011

in INFO, Keagamaan, Renungan, Tazkirah

KEMATIAN adalah satu perkara pasti yang mesti dilalui setiap manusia. Maka kita perlu menyediakan bekalan secukupnya bagi menghadapinya.

Kematian bukanlah jalan pengakhiran kerana kita akan melalui alam barzakh sebagai tempat persinggahan sebelum menuju alam akhirat.

Jika baik amalan kita di dunia, maka baik juga ketika berada di alam kubur.
Sebaliknya, jika buruk amalan kita maka seksaan berat pasti menanti.

Sedar atau tidak, sesungguhnya manusia sedang menuju kepadanya. Tidak
kira tua, muda, sihat atau sakit ia proses alamiah kepada sebuah kehidupan.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu,
pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha
Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.” (Surah Jum’ah ayat 8 )

 

 

 

Sentiasa mengingati mati dan bersiap sedia menghadapinya supaya kita dapat menuju ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat. Kita mengharapkan supaya dapat mengakhiri kehidupan dalam keadaan ‘husnul khatimah.’

Berikut antara tanda-tanda kita mati dalam keadaan husnul khatimah antaranya:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat.

Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia
dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat.
Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda:

‘Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.’

(Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan
ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat.

Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud:
“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat
kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang
yang mati syahid antara kalian?”

Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati
syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.”

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”

Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab:
“Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati
kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”

(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera (taun) .
Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid
bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud:

“Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana
sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan
Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai dua perkara ini banyak riwayat dan yang paling masyhur dari Jabir bin Atik secara marfu’:

“Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit
kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah
syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah
syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor)
adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.”

(Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:

“Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan
adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah
syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut
adalah syahid.”

(Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak.

“Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain;
Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.”

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan
Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa.

“Sesiapa terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang
mati membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati membela agama
(keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah
(jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.

Rasanya sudah banyak kematian yang kita saksikan tersenarai seperti di atas . Alhamdulillah . Semoga  roh mereka bersemadi dengan aman ‘di sana’ dan bergelar para syahid .

Semoga kematian kita juga di dalam husnul khatimah. Amin .

Incoming search terms:

{ 22 comments… read them below or add one }

syamila May 19, 2011 at 8:42 AM

tk sempat nak baca semua…nk gi ofis ni…nanti dtg laGI…
syamila ada entri terbaru… jom baca Keputusan Penuh Contest Aksi Si Cilik BerbasikalMy Profile

Reply

Ummi Hanie May 21, 2011 at 9:44 AM

ok takper ummi…wat keje dulu ;)

Reply

Mahfuzah May 19, 2011 at 11:10 AM

Terima kasih kerana saling mengingati :)
Mahfuzah ada entri terbaru… jom baca Fakta Mengenai Beruang KutubMy Profile

Reply

Ummi Hanie May 21, 2011 at 9:43 AM

same2 mahfuzah … saling m’ingati disarankn oleh rasul kita ;)

Reply

munna May 19, 2011 at 11:59 AM

bagusnya klu kita mati nanti termasuk dalam golongan ini…
munna ada entri terbaru… jom baca Tukar Syiling BaruMy Profile

Reply

Ummi Hanie May 21, 2011 at 9:40 AM

yer munna…amin
yg hidup mesti mati kan?

Reply

puanbee May 19, 2011 at 2:48 PM

baru bee tahu mati kerana taun pun dikategorikan syahid..erm busung tu buatan org kan , memang azab siapa yg kena tp mati syahid suka lah juga …
puanbee ada entri terbaru… jom baca AVON Promosi Gempak !!!!My Profile

Reply

Ummi Hanie May 21, 2011 at 9:39 AM

yup bee…mati sbb taun pun dikira syahid…

busung tu,yg perut buncit kan..buatan org kot

Reply

kakyong May 19, 2011 at 4:46 PM

hari ni pun ade berita kematian, seorang blogger,

http://telordibasuh.blogspot.com/
kakyong ada entri terbaru… jom baca Nora Elena–review episod 1 dan 2My Profile

Reply

Ummi Hanie May 21, 2011 at 9:33 AM

agak mengejutkan berita tu kkyong
satu masa dulu arwah penah dtg blog ni dan shout kat chatbox ; “baling telor kat sini”
sampai skrg hanie igt lg…

Reply

wadud May 19, 2011 at 5:19 PM

sangat bagus kak.. really like this post.. :) hehehe

Reply

Ummi Hanie May 21, 2011 at 9:32 AM

thanx wadud …

utk peringatan bersama..manusia kan selalu terlupa….

Reply

zuwaidah May 19, 2011 at 5:30 PM

sangat suka, bagus info ni.

Reply

Ummi Hanie May 21, 2011 at 9:31 AM

utk tazkirah bersama…thanx zu :)

Reply

D_08 May 20, 2011 at 10:00 AM

Assalamulaikum Yong Ummi Hanie…
Mintak2 le kematian kite….pembalasan kite nanti mendapat yang baik daghi Allah….Insyallah
D_08 ada entri terbaru… jom baca Jumaat Datang LagiMy Profile

Reply

Ummi Hanie May 21, 2011 at 9:06 AM

w’salam yeop

ye itulah yg kite nak . maksud idup kita utk mencapai pengakhiran yg baik….amin

Reply

andika June 15, 2011 at 12:28 PM

kak, bagus sekali artikel nya
andika ada entri terbaru… jom baca Penyebab TBC (Tuberkulosis)My Profile

Reply

Ummi Hanie June 15, 2011 at 11:33 PM

terima kasih Andika :)

Reply

Oneblogsocial May 13, 2013 at 5:09 PM

Ya Allah berikanlah pada kami kematian yang baik,

Reply

Ummi Hanie May 13, 2013 at 11:17 PM

amin ya robbal aalamiin….

Reply

titan May 13, 2013 at 8:20 PM

macam ada je tanda-tanda tuu…

Reply

Ummi Hanie May 13, 2013 at 11:18 PM

org yg paling bijak ialah org yg slalu mengingati mati… :)

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: