15 tips supaya solat jadi khusyuk

by Ummi Hanie on May 26, 2012

in Keagamaan, Tip & Petua

Salam hujung minggu.

Solat itu umpama tiang ugama. Jika tiang ini runtuh, maka runtuh/rosaklah agama. Dan solat juga umpama kepala pada badan. Bayangkan apa akan jadi pada makhluk tanpa kepala? Sudah tentu dianggap tidak bernyawa, bukan? Begitulah sinonimnya dengan SOLAT.

Mari kita sama-sama hayati  15 tips supaya solat jadi kusyuk ;

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu upaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali AlFatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasyahud melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Sumber: Emel

Semoga kita sama-sama dapat amalkan 15 tips solat khusyuk ini. Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam…

{ 14 comments… read them below or add one }

kakngah May 26, 2012 at 3:55 PM

aku ngaku beb… kengkadang tak khusuk aku solat.. huhuhu!!!

Reply

Ummi Hanie June 13, 2012 at 12:58 AM

samelahhh kite… huhuuu…

Reply

transformed hw May 26, 2012 at 8:12 PM

tips yg perlu diamalkan ni. Terima kasih Hanie.

Reply

Ummi Hanie June 13, 2012 at 12:58 AM

sama2 kak… ;)

Reply

Izzuddin Fauzi May 27, 2012 at 8:24 AM

Ada yang solat macam patuk ayam…

Reply

Ummi Hanie June 13, 2012 at 12:58 AM

mcm patuk ayam ke, mcm ayam mematuk? :p

Reply

lin azlina May 27, 2012 at 10:12 AM

mmg eok untuk dipraktikkan…jujur diakui kadang2 tu fikiran mmg ke lain

Reply

Ummi Hanie June 13, 2012 at 12:57 AM

kita sama2 usaha perbaiki solat spy lebih khusyuk…. ;)

Reply

Hani May 27, 2012 at 2:09 PM

Thanks for info!!

Reply

Ummi Hanie June 13, 2012 at 12:56 AM

welcome !

Reply

titan May 28, 2012 at 8:41 AM

tips yang baikk… :)

Reply

Ummi Hanie June 13, 2012 at 12:54 AM

semoga dpt amal…

Reply

Faridah Hanim February 14, 2014 at 2:52 PM

insyaalllah – thks yr info

Reply

Alynn February 25, 2014 at 3:58 PM

tips yang sangatlah bagus…tq…sama-sama kita perbaiki solat supaya lebihhh khusyuk lgi…

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: