UmmiHanie.com ~ Suribisnes Blogger Anak Ramai

Lifestyle. Parenthood. AnnisaBeauty. HAUS Cosmetics leader #TeamSuriCantik

Menu
  • Home
  • HAUS Cosmetics
  • Set Bersalin Moden
  • Kehamilan
  • Travelog Langkawi
    • Percutian Awesome di Aseania Resort Langkawi
    • Langkawi Bird Paradise
  • Sutra Shopee
  • Alexa Rank & PR
  • Hubungi Saya
    • Siapa Saya
  • Peta Laman
Menu

Entri Meletops Top 3 ~ 24jam lalu

  • Update pertukaran nombor telefon di mesin ATM 17 views
  • Kisah lucu roti pong 7 views
  • Wordless Wednesday #05 : Doa Keluarga Bahagia 3 views

UH on Media

hanisah fadzil sahabat tabung haji 1435H

Jom buat side Income

  • Bisnes buat Pau/Pizza/Roti stail hotel
  • Bisnes Deko Kek
  • Bisnes Roti Canai & Murtabak Sedap
  • Ejen HAUS Cosmetics
  • Rahsia buat duit dengan Menulis

15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

Posted on September 21, 2013August 31, 2017 by Ummi Hanie

Mendidik anak-anak adalah antara cabaran terbesar dalam dunia rumahtangga, lebih² lagi di zaman yang penuh dengan kemaksiatan ini. Walaubagaimanapun, kita sebagai ibubapa tidak boleh berputus asa dalam mendidik anak-anak dengan cara yang betul. Banyakkan membaca, dan praktikkan sedikit demi sedikit.

 

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

 

islamic parenting

 

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )

 

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak?

 

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa 

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah

* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

 

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: 

* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

 

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak 

* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

 

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif 

* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual) 

* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

parenting

 

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.

Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas 

* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

 

 credit Google

 

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

 

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

 

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

 

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

 

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

 

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

 

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

 

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

 

Wallahu’alam.

Sumber: Jalinan Keluarga
diubahsuai dari Kuliah Mingguan Surau An-Nur, 10 Jun 1998 oleh Ustaz Khalid Haji Mohd Isa

Incoming search terms:

  • jualan online handbag (41)
  • gambar baby comel melayu (40)
  • animasi assalamualaikum bergerak (22)
  • mandi kolam renang (18)
  • muslimah kartun persahabatan (14)
Tweet
Fb-Button

10 thoughts on “15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak”

  1. daddydee says:
    September 22, 2013 at 12:44 AM

    Terima kasih ummi atas pesanan ini….sama kita didik anak jadi yang terbaik dan soleh

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      September 23, 2013 at 10:55 AM

      sama2 daddydee… manusia mmg x lari dr kesilapan…

      Reply
  2. akubiomed says:
    September 23, 2013 at 1:32 AM

    Terima kasih saling mengingati dan berpesan.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      September 23, 2013 at 10:58 AM

      sama2… bukankah berpesan2 itu disaran oleh nabi kita ;)

      Reply
  3. Ummi Hanie says:
    September 23, 2013 at 10:57 AM

    wslm,

    sama sis. terima kasih juga kerana sudi berkunjung semula ke sini :)

    biasalah, semua manusia melakukan kesilapan, yg penting mahu ada perubahan dan peningkatan ;)

    Reply
  4. puan kutu says:
    September 23, 2013 at 11:44 AM

    bukan sng nk mendidik n menjaga satu nyawa,apatah lg yg ada ank ramai.sama2 kita amik pedoman..:)

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      September 23, 2013 at 2:30 PM

      betul kutu… terasa sgt besar cabaran dan amanah dari Allah ni…

      apa2pun, anaklah saham kita dlm kubur dan akhirat nanti… kita cuba our best utk mndidik mereka, kan?

      Reply
  5. Denaihati says:
    September 23, 2013 at 3:38 PM

    sebagai peringatan dalam kita membersarkan anak-anak, insyaAllah sama-sama dapat manfaatnya.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      September 23, 2013 at 9:07 PM

      insyaAllah, amin…

      Reply
  6. titan says:
    September 24, 2013 at 1:49 PM

    baiklah, nanti gua doa hari-hari..

    Reply

Leave a Reply to Ummi Hanie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

~ Engagements ~

Sebarang pertanyaan, Job review produk/pengiklanan/advertorial?

Hubungi Saya.

atau

Emel: ummihanie@gmail.com


Google PageRank Checker





HAUS Matte Velvet Compact Foundation

KakNisalopa TeamSuricantik HAUS

Info MVCP

Matte Velvet Compact Powder (MVCP) ialah bedak kompak terkini keluaran jenama HAUS Cosmetics keluaran kilang GIM Cosmetics.

MVCP price: RM 79 (Promo Price RM65 only!) *klik gambar UmmiHanie untuk buat pesanan via Shopee. Tq!

KKM-Approved: : NOT191007569K

MVCP Function:

  • Anti Aging
  • High Antioxidant Source
  • Prevents from Acne Problems
  • Hydrates to the inner skin layer
  • Act as moisturizer to the skin
  • Reduce Damage of cell/DNA from UV Rays
  • ‘Sebum Fixer’
  • ‘Shine Eraser’

 

Klik utk join HAUS #TeamSuriCantik ! :D


Khazanah Blog

Baca blog dalam emel

KLIK IKON =>

Site Statistics

  • Users online: 0 
  • Visitors today : 0
  • Page views today : 0
  • Total visitors : 303,127
  • Total page view: 841,765

Trending 2day

  • emma maembong
  • gambar boboiboy
  • tanda awal kehamilan minggu pertama
  • boboiboy wallpaper
  • keputusan upsr 2012

RSS Denaihati.com

  • Mendapat naungan di akhirat kelak bagi orang yang bersedekah

RSS Top Komentator – AkuBioMed.com

  • Mee Hassan @ Mee Bodoh Femes di Tengkera Melaka
© 2021 UmmiHanie.com ~ Suribisnes Blogger Anak Ramai | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme