Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

12 Tip Resolusi Kewangan

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

12 Tip Resolusi Kewangan

 

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca serta peminat blog .

Saya,HANISAH Binti FADZIL adalah pendatang baru dalam dunia blog ni.Diharap semua akan mendapat manafaat dan menjadikan blog saya ini sebagai salah satu bahan rujukan dalam arena Tip & Petua ….

Sebagai langkah pertama,saya ingin mengetengahkan “12 TIP CIPTA RESOLUSI KEWANGAN”. Almaklumlah…tahun baru 2008 dah masuk minggu ke-2…Jadi,bagaimana dengan bajet kewangan anda pada tahun ini??? Ikutilah 12 tip ini ye…


1)TETAPKAN MATLAMAT KEWANGAN YG MAHU DICAPAI TAHUN INI

Buat target kewangan yg ringkas,padatdan jelas bagi tahun ini dan mulakan usaha ke arah mencapai target itu.Sbg contoh,target anda pd tahun ini ialah melunaskan hutang2 kad kredit.Oleh itu,anda mungkin boleh menghentikan penggunaan kad kredit dan mula membayar melebihi jumlah minimum yg dinyatakan pd penyata setiap bulan,di samping menetapkan satu tarikh yg realistik utk menjelaskan semua baki tertunggak bagi kad2 itu.

2)SENARAIKAN KEUTAMAAN MATLAMAT ANDA
Senaraikan target anda mengikut keutamaan dr segi kepentingan Atau tempoh masa ,dan letakkan senarai itu di tempat yg mudah dilihat setiap hari bagi membantu anda sentiasa ingat serta beri tumpuan utk mencapa target itu.

3)LIBATKAN SELURUH AHLI KELUARGA
Ketika menentukan target kewangan,paling baik kalau dapat libatkan seluruh ahli keluarga.Cadangan,komitmen dan sokongan mereka amat penting dlm mencapai target anda.

4)URUS DGN BIJAK
Jgn berbelanja sesuka hati hingga barang yg tak perlu pun anda beli juga.Buat belanjawan bg setiap keperluan yg anda ingin beli dan lunaskan hutang sebanyak mana yg boleh.Pastikan anda melaburkan lebihan wang dgn bijak dan mula membuat tabungan utk masa depan.

5)KETAHUI TENTANG PELABURAN ANDA
Mulai tahun ini elakkan drpd mendengar khabar angin atau nasihat broker saham anda mengenai belian dan jualan saham di pasaran.Anda sendiri perlu memulakan tabiat membaca prospektus syarikat,laporan tahunan dan membuat research sebelum melabur dlm mana2 produk pelaburan.

6)KUATKUASAKAN HAK ANDA!
Ketahui hak2 anda dlm mana2 pelaburan yg anda ceburi.Dapatkan nasihat pakar jika anda mendapati hak anda sbg pelabur dilanggar.

7)TAMBAH ILMU KEWANGAN
Mulakan membaca sekurang-kurangnya satu buku/majalah kewangan , atau lebih kerap menghadiri kursus kewangan/pelaburan.

8)DIDIK ANAK URUS WANG
Jgn hanya berikan wang saku kpd anak anda tanpa menerangkan bagaimana utk menguruskan perbelanjaan mereka dgn lebih baik.Mulakan menanam tabiat menabung dan berbelanja dgn bijak pd mereka seawal yg boleh.

9)JGN MELABUR SESUKA HATI
Pastikan mulai tahun ini,apabila sesiapa memberitahu anda tentang peluang pelaburan yg menjamin pulangan tinggi tanpa risiko,hubungi pihak yg bertanggungjawab terhadap perkara ini.Ini dpt mengelakkan anda drpd ditipu oleh agen2 pelaburan yg tak bertanggungjawab yg mendesak anda supaya melabur.

10)SEDIAKAN SIMPANAN DARURAT
Ini penting bg anda yg dah berkeluarga dan memiliki anak2.Ini ialah simpanan yg cukup utk perbelanjaan hidup selama beberapa bulan bagi persediaan sekiranya berlaku sesuatu ,umpamanya kehilangan pekerjaan.Persediaan darurat lain ialah insuran,terutamanya insuran kesihatan dan kehilangan upaya serta mencukupi utk membiayai pendidikan anak2.

11)MULAKAN PERANCANGAN PERSARAAN
Akan sampai masanya anda mesti bersara.Oleh itu,tip ini amat penting.Wanita terutamanya patut mengambilkira jangka hayat mereka ketika membuat perancangan persaraan memandangkan ada statistik menyatakan bahawa wanita mempunyai jangka hayat lebih panjang drpd lelaki.Cara yg terbaik ialah dgn mula menabung dan mula melaburkan wang dgn bersungguh-sungguh mulai sekarang.

12)PANTAU PERKEMBANGAN ANDA
Pantau perkembangan sendiri secara kerap bagi memastikan yg anda berada pd haluan yg betul.Berikan ruang utk pengubahsuaian atau perubahan(jika perlu) dlm perancangan anda.

Incoming search terms:

 

11 Responses

  1. hans says:

    >akak ni saya perasan pada mula2 terlibat dalam duna blog…more to online business kan?semua petua2 pun banyak pasal cara berjimat dan mendapatkan duitkak keje apa yer>?

  2. >Wa'alaikumussalam.."4)URUS DGN BIJAKJgn berbelanja sesuka hati hingga barang yg tak perlu pun anda beli juga.Buat belanjawan bg setiap keperluan yg anda ingin beli dan lunaskan hutang sebanyak mana yg boleh.Pastikan anda melaburkan lebihan wang dgn bijak dan mula membuat tabungan utk masa depan"Nie yg salu masalah nie,tiba2 jd kureng bijak berbelanja bila dh mula shopping..Nk beli brg penting yg len,melencong pegi beli brg len yg x penting..Hempphh..Susah ada 9 nafsu..Kena betul2 dikawal,kn Hanie? :/

  3. Ummi Hanie says:

    >Hans : u r very rite .. hahasis ni dari awal kawin jadik surirumah jer..cume sis sgt berminat dgn internet biz and work@home job ;)ieda:betul sgt tu sis..kalo hubby kite gi kedai sat je..beli2 brg dlm list then terus berdesup gi bayorkalo kite lak , satu per satu brg nk tengok,mulalah beli brg out of listhmm..pompuan dikurniakan 9 nafsu..kena pandai2 le kawal…

  4. hans says:

    >kak ieda : haha..itu la pasal..bawa duit cukup2 jer…so bila nak beli barang mesti kita utamakan apa yg kita nak beli

  5. hans says:

    >sis..okay la tu..pandai cari peluang….

  6. >Naseb xder Credit Card..Huhu..Kalo tdkkk..berjoli sakanz le..Haaa..lepas tu taim nk kene bayobalek,'saket'le.. :p

  7. hans says:

    >kak ieda : haha..xnak la ada kredit kad..takut merana hidup

  8. nza says:

    bab2 handle duit akan mmg kalah teruk hanie…akak ni kalau brkenan apa2 dh mula lupa diri…main beli je apa yg brkenan n bila blk rumah baru rasa menyesal..mmg sikap yg buruk sejak dr anak dara lg…hu.hu.hu…
    cuba brubah ttp blm brjaya sperti yg diharapkan…..
    nza ada entri terbaru… jom baca Thanks Bee, Thanks Hanie n Thanks Semua!!!!My Profile

  9. kakyong says:

    hanie,

    n3 recyle yer… tapi berguna tips ni tak kira masa,
    kakyong ada entri terbaru… jom baca Gendang Silat Patani–Batu KurauMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *