12 tahun melayari bahtera rumahtangga

Salam muhibbah,

Bulan Jun adalah antara bulan bersejarah dalan hidup saya dan suami.

Tanggal 8 Jun 2002, kami telah disatukan dengan lafaz ijab + qabul, disaksikan abah, sanak saudara dan rakan taulan.

(realitinya saya sendiri tidak pernah lihat kerana tiada rakaman gambar maupun video, manakala saya hanya menanti dirumah penuh debaran)

anniversary quotes

Orang Tua-Tua Kata,

5 Tahun Perkahwinan (Fasa 1) –  Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan Harta (Ada Je Yang Tak Cukup, Kena Banyak Belajar Sabar)

Masuk 10 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-2)  – Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah Stabiliti.

Masuk 15 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-3) – Kehidupan Lebih Simple Tetapi Stabil Dari Segala Sudut.

Mudah-Mudahan Allah Memberi Kemudahan & Kekuatan Dalam Menjalani Kehidupan Bersama Anak-Anak & Isteri Tercinta Sehingga Syurga.. Ameen

pasangan bahagia

dipetik dari wall FB peribadi…

Ok, sudah menuju ke arah fasa ketiga perkahwinan.

Alhamdulillah kehidupan semakin stabil dengan izinNYA.

12 tahun sudah bersama. 6 cahaya mata sebagai amanah.

Sudah masak dengan perangai sebenar masing-masing.

Alhamdulillah, kami bahagia bersama.

Terima kasih atas doa kalian semua…

ucapan dan doa

Antara ucapan² dan doa² dari old time classmates, rakan blogger, rakan FB juga saudara-mara yang menceriakan hariku :)

Petua kekalkan kebahagiaan

Untuk BAHAGIA ni tak susah. Tepuk dada tanya selera.

Banyakkan TOLERANSI.

Ye, memang mudah nak sebut. Tidak begitu mudah nak diaplikasikan. Setuju?

 

Alhamdulillah, sepanjang 12 tahun ni, kami tak pernah bertengkar dan meninggi suara.

Sekadar gaduh² manja. Sebabnya tak reti nak gaduh. :p

Jujurnya nak cerita, antara saya dan suami, saya lebih barannya.

Suami sangat cool.

Adakalanya saya terkeluar juga kata-kata yang sedikit kasar dari biasa.

Biasalah, manusia kan….

Tapi saya ni pula jenis tak pandai sangat nak meluah. Lebih banyak memendam.

Orang kata pemendam ni merbahaya. Takut meletup nanti lebih teruk jadinya.

Alhamdulillah, saya juga jenis mudah melupakan dan memaafkan.

 

Ilmu penunduk suami yang dibolehkan

 

Amboiii tak menahan topiknya.

Betul, ada caranya. Ilmu penunduk suami yang dibolehkan.

 

ilmu penunduk suami yang dibolehkan

 

Bijak kan UAI ni ;)

Tips rumahtangga sempoi gitu ;)

 

Hadiah ulangtahun…. saya tidaklah mengharapkan sebentuk cincin bertatahkan berlian sebagai hadiah.

Akan tetapi encik suami tersayang hadiahkan sesuatu yang lebih berguna.

 

hadiah ulangtahun

 

 

mesin basuh Panasonic 13kg

 

Encik Panasonic namanya. Yang lama, encik Samsung sudah dibawa pulang ke kampung.

Dapatlah ia berbakti kepada mertua di sana…

Anak-anak kami nanti akan ditinggalkan di kampung ketika kami berdua menunaikan Haji…

Jadi mesin basuh auto yg lama tu membantu meringankan sedikit kerja membasuh.

 

Terima kasih abang ! :) Makin mudah kerja ayang mencuci Toto lepas ni. Hahaha… :)

 

 

14 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *