Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

11 bulan Muaadz di Tabika Perpaduan

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

11 bulan Muaadz di Tabika Perpaduan

salam wbt.,

semenjak Muaadz  masuk Tabika Perpaduan berhampiran rumah ni, banyak perkembangan positif dia.

asalnya saya kurang setuju encik suami masukkan dia ke Tabika seawal usia 3 tahun lebih (masuk 4 pada Oktober ’17 ni). Rasa macam kecik sangat lagi.

daripada duduk di rumah berkelahi dengan adik Nawfal, saya pun rasa lebih baiklah Muaadz teruskan persekolahan.

Ternyata tepat keputusan encik suami.

Muaadz sangat suka ke Tabika. cikgu2 pun sayangkannya walaupun masih berlampin. opsss… bulan ke-8 ni baru jinak tidak berlampin. maklumlah, adik muaadz dah ada 2 orang…. hihuuu~

seingat saya, sejak mula masuk tabika ni, belum pernah Muaadz nak ponteng. kalau ponteng pun atas suruhan kami (sebab2 tertentu). sukaaa sangat dia bila nak bersiap ke tabika. takde langsung masalah pagi2 tu.

peringkat awal tu biasalah, menangis pada hari pertama.

tapi kami takde temankan pun. cikgu kata boleh handle…. kami sendiri tengok cikgu memujuk dengan begitu tabah sekali, siap berdukung bagai.

 

alhamdulillah, sekarang dah banyak perkara yang Muaadz dah tahu & belajar.

ABC dah khatam.

Alif ba ta pun sama.

Mengira pun boleh.

Mengeja je belum. Tahun depan punya modul tu.

Mulut begitu pokpek sekali. ^_^

takpelah nakk…. tanda anak bijak insyaAllah.

 

Jooom ke sekolah…… sesi 2017 Muaadz (Tabika perpaduan) bersama abang Huzaifah (pra sekolah)

 

 

alhamdulillah…. Muaadz dah grad sesi 2017 :D

 

 

 

Muaadz bawak adik nawfal jenjalan naik basikal di kampung ye….

 

 

Muaadz dan Aqil, kawan baiknya

 

 

Muaadz nak ajar adik Nawfal menulis yee…..

 

 

 

alhamdulillah…Muaadz dan kawan2 dapat hadiah….

 

 

Apa pun parents, kita jangan terlalu memaksa anak-anak ini bersekolah jika mereka benar-benar tak mahu @ tak bersedia.

 

Peringkat awal, Muaadz menangis juga. Tapi, kepakaran cikgu Tabika menangani karenah anak2 seusia Muaadz memang tidak dapat disangkal. Thumbs up cikgu !

 

Anak2 berusia 4 tahun seperti Muaadz masih banyak aktiviti bermain daripada belajar. InsyaAllah masuk sesi 2018 (umur 5 tahun nanti) akan lebih sikit sesi pembelajaran di dalam kelas. Alhamdulillah setakat ini pun perkembangan agak memuaskan.

 

5 Responses

  1. azrinros says:

    Ada yang mengatakan umur 4 tahun masuk pra tadika adalah terlalu awal. Terpulang kepada ibubapa melihat kerasian anak-anak.

    • Ummi Hanie says:

      ya, ada terbaca tentang itu.

      tujuan kami nak beri muaadz berkawan dengan kawan-kawan di luar pula dalam suasana sekolah sedikit.
      alhamdulillah kemahiran berkomunikasinya semakin baik

  2. syamila says:

    bagus muaadz….umar pun awalnya nk hantar juga tapi abah tak bagi….baru seminggu diapers free siang dn malam….27 julai ni dah 4 thn….kira sama umur la dgn muaadz ni….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *