10 entri terbaik Denaihati

10 entri terbaik Denaihati

Blog Denaihati siapa yang tak kenal, blog yang sarat dengan pelbagai info berguna lagi bermanfaat. Walaupun saya belum begitu lama bersama blog Denaihati, akan tetapi apabila dah ‘tersangkut’ sekali, sukar nak ‘lepas’ lagi… ;) Tak percaya? Jom terjah blog yang popular dengan tagline “Hidupkan Untuk memberi” ini.

Saya nak kongsi bersama kalian 10 entri terbaik Denaihati yang memikat hati saya. 5 entri dari kategori “Keluarga” dan 5 entri lagi dari kategori “Kisah Kehidupan”. Mengapa saya memilih 2 kategori ini? Kerana saya rasa ianya dekat dengan hati saya dan tidak lari jauh dari genre blog ummihanie.com yang banyak menulis tentang keluarga dan kisah kehidupan juga.

Mari kita mulakan dan jangan segan-silu untuk membaca setiap entri yang disenaraikan ye ;)

5 entri terbaik Denaihati dari kategoriKeluarga

  1. Pengorbanan seorang wanita – Entri penghargaan Denaihati buat isteri tercinta sempena ulangtahun ke-17 perkahwinan… so sweet…
  2. Bapa kencing berdiri Anak kencing berlari –  Tajuk berbentuk peribahasa yang mana kandungannya untuk memperingatkan diri agar menjadi contoh yang baik buat anak²
  3. Suami Curang ketika Isteri Mengandung – Ramaikah suami yang begini? Mengapa terjadi begini? Joom baca….
  4. Romantik Kah Aku? – 8 cara kekalkan sikap romantik ! Terbaikk ~
  5. Sayangkan Bini Tinggal-tinggalkan – Kisah kehidupan yang agak sinonim dengan kisah kehidupan saya sendiri. Memang benar, lagi kerap ditinggalkan, lagi bertambah kasih sayang suami isteri ;)
Banyak lagi yang saya nak pilih akan tetapi kuotanya 5 sahaja untuk satu kategori (peraturan sendiri :p) Kome baca sendirilah yang lain-lain ye…
5 entri terbaik Denaihati dari kategori Kisah Kehidupan
  1. Teguran Ibu dijadikan musuh hingga ke akhir hayat – Entri yang menginsafkan kita agar jangan terlalu mudah berkecil hati merajuk sehingga tidak sempat menziarahi bonda di akhir hayatnya
  2. Pecah Masuk Rumah pengalaman mengerikan – Entri yang dekat di hati kerana pernah melalui pengalaman rumah dipecah masuk, bezanya kami tiada di rumah ketika kejadian
  3. Renovasi Rumah cara menjimatkan perbelanjaan dan masa – Entri yang juga dekat di hati kerana kami juga melalui pengalaman renovasi rumah cara bajet
  4. Poligami Pengalaman Peribadi – Opsss…! Adakah Denaihati mengamalkan poligami? Baca sendiri untuk ketahui jawapannya…. ;)
  5. The World’s Most Expensive Cities 2010 – Jangan tak tahu, Denaihati ni salah seorang pengembara tegar tauuu… Banyak negara dah dijelajah. Jom baca tentang 10 negara paling mahal di dunia pada tahun 2010

 

 

Sambil tu, jangan lupa kongsi idea sajian susu di laman aplikasi Dutch Lady ya! Boleh menang RM200 wooo….

 

 

“Bonus Raya Aidilfitri 2012 untuk semua Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu bersama blog Denaihati. Berminat joom serbu Denaihati.com”

Incoming search terms:

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *