10 artikel Denaihati paling hit 2015

denaihati

Saya mula mengenali blog Denaihati sejak tahun 2010 dan sehingga kini masih mengikuti sedikit sebanyak artikel dan perkembangan di sana.

Denaihati adalah salah satu blog contoh berkualiti di Malaysia dan sememangnya sudah mempunyai ribuan followers (pengikut) dan readers (pembaca).

Blog DH juga rajin menganjurkan blog contest dengan hadiah yang lumayan seperti gajet iphone, juga wang tunai. Sesuai sekalidengan taglinenya “Hidupkan untuk memberi”. Tidak hairanlah ramai ianya mendapat sambutan hangat dari pembaca-pembaca blog dari Malaysia dan Indonesia. Antara blog contest yang pernah saya sertai ialah; iPhone 5 gadget impian.

Nak tahu apakah 10 artikel Denaihati yang paling hit bagi tahun 2015?

1) Rahsia Masjid Nabawi Madinah

75k shares

Membaca artikel ini mengimbau kembali saat-saat manis UH dan suami tercinta menunaikan ibadah haji pada tahun 2014. Kami transit di Madinah dahulu. Walaupun pernah menjejakkan kaki di bumi barokah itu ketika kecil, tapi pengalaman kali ini jauh lebih bermakna dan indah. Hari pertama bersaing-saing dengan jemaah wanita lain untuk masuk ke Raudhah, ruangan yang berhampiran dengan makam Nabi dan 2 orang sahabat baiknya – Saidina Abu Bakar Radiallahu anhu & Umar Radiallahu anhu.

Perpustakaan Umum MAsjid Nabawi

Memang kami sama sekali tidak tahu terdapatnya perpustakaan umum di Masjid Nabawi.

Ada lagi beberapa rahsia Masjid Nabawi, kenalah anda baca sendiri di blog DH.

2) Blogger Dr. Fatin Liyana dah bertunang rupanya

30k shares

Aura blogger doktor Fatin Liyana ni kuat betul yer. Daripada zaman anak dara tengah further study di salah satu universiti Indonesia, hinggalah kini sudah selamat bergelar isteri kepada Dr. Anwar Fazal (sepupu Shark KL Gangster, Shamsul Yusof). Ha tentu ramai yang menggigit jari kan?

Dr. Fatin Liyana & Dr. Anwar Fazal. sama cantik sama padan…

 

Tahniah Dr. Fatin dan suami ! Semoga dapat lahirkan zuriat yang ramai macam kami yer ;)

3) Gambar Masjid Al Aqsa dan Dome of the rock

22k shares

Lepas baca artikel di blog DH, serius baru kutahu yang manakah Masjid Al-Aqsa yang sebenar. Imej di media selalu memaparkan Dome of the Rock sebagai masjid al-aqsa. Apakah motifnya? Wallahua’lam…

Masjid Al-Aqsa yang sebenar… kubahnya bukan berwarna emas

4) 10 individu terkaya Malaysia 2015

21k shares

Siapa yang tak mimpi nak jadi kaya, kan?

Well, tak mustahil pun nak jadi kaya. Kenalah kenali siapa dia 10 individu tersebut dan sejarah hidup mereka. Antaraya ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dan Tan Sri Azman Hashim (ayah kepada selebriti Mizz Nina).

5) GST apa yang kena tax

20k shares

Isu GST memang sangat hangat lagi sensasi. Pertama kali dilaksanakan di Malaysia bermula pada 1 April 2015. Orang kampung, orang bandar semua heboh memperkatakannya.

6) GST realiti sebenar

20k shares

7) Gerhana Bulan Penuh 2015

18k shares

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada pandangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).

8) Charlie Hebdo lukis lagi kartun Rasulullah

17k shares

Semoga kartunis ini dikurniakan hidayah daripada Allah SWT dan membatalkan semua kartunnya berkaitan Rasulullah.

charlie hebdo

inilah wajah laknat charlie hebdo

9) MH370 berakhirnya sebuah tragedi

14k shares

Isu paling hangat pada tahun 2014.

gambar mangsa tragedi MH370

Walauapapun yang berlaku kepada mereka, semoga kaum keluarga tabah dan redha menerima ketentuan Ilahi.

10)Jam Tawaf kembali ke fitrah

13k shares

Bagi saya jam tawaf atau jam anticlockwise adalah satu fenomena baru. Tak pernah terfikir langsung akan idea ini.

jam tawaf Denaihati

Jam tawaf ini uniknya bukan sahaja pada pusingannya yang terbalik daripada jam biasa, tetapi ada rahsia aura di sebaliknya.

11) Peraduan melukis karikatur Rasulullah

13k shares

Opsss, terlebih sudah.

Semoga sama-sama kita mendapat manfaat dari artikel² Denaihati yang berunsur ilmiah dan penuh gambar² menarik.

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *