Roti Teloq Goyang haa memang sah² loghat utara!

Sekali baca memang rasa macam pelik², tapi jangan fikir bukan² okayyy…

Entri ini bukan bertujuan nak menayang makanan yang saya makan tanpa mempelawa kalian yer,

sekadar perkongsian menu yang sedikit ‘rare’.

Dengan nama yang memang ‘rare’.

Mungkin lain tempat, lain namanya.

Pernah ternampak di blog bro Eizil tak silap, Roti Titab mungkin namanya.

Pun pelik kan? Tak pernah dengar.

Maaf jika tersilap.

Teknik memasak Roti Teloq Goyang usah ditanya,

kerana saya tidak kuasa nak pergi mengintai tukang masak menyiapkan menu

yang kami pesan. Jadi hanya menunggu di meja makan :)

Jom kita lihat rupa Roti Teloq Goyang….

roti telur goyang menu luarbiasa

roti teloq goyang menu special

[click to continue…]

{ 8 comments }

Sawang… syuhh kau

by Ummi Hanie on April 20, 2014

in Umum

Assalamualaikum!

Kakak²,

Abang²,

Adik².

Ada nampak sawang tak kat sini?

Macam ada je kan?

Boleh tolong saya buang sawang ni tak?

Tapi macam cantiiiik je sawang ni pulak. Ekekekeke….

Ehhh… ini spider web daa…

Betullah tu, kalau bahasa melayu sebutnya sawang kan?

web

imej: Google

Letih sebenarnya “melawan” sawang ni.

Begitulah kiasannya…

Blog ini asik terabai sahaja.

Memang saya sibuk.

Sibuk dengan famili dan bisnes online dari rumah.

Syukur alhamdulillah rezeki jangan ditolak betul tak…

Dashboard ini memang dibuka setiap hari.

Tetapi datang “penyakit” baru.

Bila bukak je, jadi blank.

Tak tahu nak mengarang entri apa.

Entri dalam draft dah berpuluh-puluh,

tapi tak ada MOOD nak sambung siapkan dan publish. Alahaiii…

facepalm

imej: Google

Antara BLOG dan BISNES ONLINE…

Kedua-duanya adalah PASSION saya.

Sukar nak lepaskan salah satunya.

Seringkali terjadi beginilah. Hadap blog, bisnes terabai sikit.

Hadap bisnes, blog terabai sikit.

Lumrahlah tu. Saya bukan superwoman, boleh hadap semua benda dalam satu masa.

Walauapapun, FAMILI tetap saya utamakan.

Selesai urusan famili, baru hadap bisnes ke, blog ke….

Baby Muaadz juga sudah mula menuntut perhatian yang lebih.

Owh nanti saya update perkembangan si comel tu insyaaAllah.

Bisnes online sekarang agak mudah.

Dengan adanya smartphone, sambil jaga anak/memasak/mengemas pun boleh buat

promosi dan close order. Best gitu kan?

Kadang, tengah tidur pun sale masuk.

That’s WHY I LOVE *SOHO BIZ/ONLINE BIZ/BE A **WAHM :)

Sekian dulu bebelan makcik comel…. babaiii~

*SOHO BIZ – Small Office Home Office Biz

**WAHM – Work At Home Mom

ps: macam legaaa gitu dapat meluah sikit di sini ;)

{ 20 comments }

Akhiri penantian kami MH370

April 13, 2014

Salam sahabat semua… Akhirilah penantian kami duhai MH370. Sudah sebulan lebih sejak berita kehilangan pesawat MH370 diwar-warkan yakni tanggal 8 Mac 2014 yang lalu. Antara berita tergempar di Malaysia, hatta satu dunia. Bagaimana pesawat sebesar MH370 boleh lenyap? Ya, itu semua kuasa Allah. Segalanya boleh berlaku dengan izinNya. Kita semua tertanya-tanya…. Apakah sebenarnya yang terjadi […]

Baca artikel penuh →

Wordless Wednesday #83: Western Housewife Vs. Eastern (Muslim) Housewife

April 9, 2014
Baca artikel penuh →

DIY: Cara jahit seluar palazzo untuk beginner

April 1, 2014

Salam Bahagia. Rindunya nak blogging cumanya masa amat mencemburuiku… Seluar palazzo atau nama lainnya “wide leg pants” atau seluar kembang payung ni sangat popular masa kini. Saya sendiri menggemarinya dan bercita-cita untuk menambah koleksi. Pakai seluar palazzo ni rasa macam pakai skirt kembang je. Yang penting tak menampakkan bentuk kaki, tak jarang dan SELESA. Nampak […]

Baca artikel penuh →

Kadar sewa tapak jualan sangat murah di Simposium Perniagaan Maya

March 20, 2014

Assalamualaikum. Pernah dengar ke Simposium Perniagaan Maya? Baiklah, kalau tak pernah, meh sini nak bagitahu. Duduk rapat-rapat. Ini adalah berita BAIK bangat buat peniaga-peniaga offline mahupun online. Nama Acara : Simposium Perniagaan Maya Anjuran : Maya Link Solution (SA-0288418-W) * Penganjur akan berikan borang untuk anda download dan isi setelah pembayaran dibuat Tarikh : 1- […]

Baca artikel penuh →